suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah lakon watak anak ikan, nama Afieq Shazwan ditolak buat show nyanyian... “Itu kerja, bukan betul-betul”

GARA-GARA melakonkan watak anak ikan dalam drama Rampas Cintaku 2, pelakon dan penyanyi Afieq Syazwan mendedahkan namanya pernah ditolak daripada membuat persembahan nyanyian.

Kata Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 27, dia berasa kecewa dan sedih apabila dimaklumkan mengenai perkara itu kerana ini pertama kali ia berlaku sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

“Ada bahagian negatifnya apabila saya tidak diterima untuk membuat persembahan nyanyian di sebuah majlis kerana pihak penganjur tak mahu saya kerana terpalit kontroversi drama itu.

“Tapi tak apa saya reda dengan perjalanan karier saya macam ini malah tak sangka banyak juga yang tolak saya dan sedikit kecewa serta down.

“Saya buat tu sebenarnya untuk kerja dan bukannya dalam kehidupan sebenar pun, tapi sebabkan terpalit kontroversi tu nama saya di reject, tak apa la mungkin ada rezeki dekat tempat lain,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi