Lelaki dan wanita yang bukan mahram sepatutnya menjaga batas pergaulan di tempat kerja. -Gambar hiasan AI
PERBUATAN seorang lelaki berstatus suami orang yang melakukan gangguan seksual lisan terhadap rakan sekerja wanita membawa padah apabila dia dikenakan tindakan disiplin oleh majikan.Menceritakan semula insiden tersebut, mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika waktu makan tengah hari di pejabat mereka. Ketika itu katanya, dia baru selesai menunaikan solat sebelum kembali ke mejanya untuk menyapu krim pelindung matahari (sunscreen) sebelum turun makan.Lelaki tersebut tiba-tiba menghampirinya sebelum meninggalkan komen berbaur lucah dengan menyamakan krim berwarna putih yang disapu ke wajahnya dengan air mani.Gurauan lucah merupakan gangguan seksual. -Gambar hiasan AI"Kejadian berlaku semasa tidak ada orang dekat pejabat sebab semua turun makan."Aku pula jenis solat dulu baru turun makan, kemudian pergi semula ke meja dan pakai sunscreen."Tiba-tiba lelaki itu masuk pejabat dan cakap woi, asal sapu air mani dekat muka sambil gelak, berlalu ke tandas," adunya di Threads.Menurut pengadu, bagi mengelakkan dia dilihat berdua-duaan dengan lelaki tersebut, dia kemudiannya keluar dari ruang pejabat.Lelaki berstatus suami orang buat gangguan seksual lisan di pejabat.Perli wanita dengan kata lucah ketika tiada orang, kemudian sebarkan pada rakan lain.Mangsa cuba jelaskan, namun tetap diperli hingga menjejaskan maruah.Wanita nekad lapor kepada majikan, tindakan disiplin diambil.Lelaki digantung sebulan, netizen puji keberanian mangsa lawan gangguan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenyangka insiden itu sudah berakhir, dia terkedu apabila individu sama 'mencanang' perkara sama kepada rakan pejabat lain.Lebih memalukan usaha mempertahankan diri tidak berhasil apabila mereka masih memerlinya dengan 'jenaka' sama."Lepas lunch hour dia beritahu pula dekat kawan pejabat lain kononnya aku sapu air mani pada muka. Aku dah cakapa yang itu adalah sunscreen tapi mereka perli-perli lagi," jelasnya.Enggan membiarkan maruah diri dipijak, wanita ini nekad melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan bagi mencari keadilan.ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempatARTIKEL BERKAITAN: Gurauan londeh seluar wujud zaman berzaman, tak kelakar pun jadi bahan lawak... Punca awal gangguan seksualMenerusi kemas kini terbaru wanita itu, dia mendedahkan lelaki tersebut digantung kerja selama sebulan dan diletakkan dalam pemantauan syarikat. "Andai kata berlaku gangguan seksual lagi, dia akan diberi notis berhenti kerja dalam tempoh 24 jam," tambahnya.Netizen yang mengikuti kisah wanita ini memuji tindakan beraninya walaupun ada beranggapan kata-kata lelaki tersebut sekadar gurauan."Kalau terlepas cakap sekali boleh bagi peluang tapi siap ajak kawan-kawan! Orang normal tak ada tiba-tiba fikir lucah, kaki 'blue' je fikir seksual," reaksi netizen.