DALAM rumah tangga, suami kena bijak mengambil hati isteri dan berpada-pada ketika berbuat baik kepada orang lain agar tidak menimbulkan rasa curiga serta melukakan hati sang isteri.Seorang isteri meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui suaminya menghadiahkan kad hadiah minuman kepada rakan sekerja wanita sedangkan permintaannya pernah ditolak dengan alasan tiada wang. Lebih mengecewakan, suaminya memberi alasan hadiah itu diberikan sempena hari jadi serta tanda penghargaan kerana rakan sekerja terbabit banyak membantu urusan di pejabat.Seorang suami perlu menjaga hati isteri berbanding orang lain. -Gambar hiasan AI"Tak tahu la nak rasa apa. Saya dapat tahu suami bagi gift card Zus (jenama minuman kopi) RM50 dekat kawan pejabat dia. "Bila saya tanya kenapa, dia cakap hadiah birthday dan sebagai tanda terima kasih sebab banyak tolong dekat pejabat. Sampai RM50?"Saya yang isteri dia ini, minta belikan donat RM5 pun dia cakap tak ada duit. Apa patut saya rasa? Rasa nak gila la aku," luahnya di Threads.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang memahami perasaan wanita berkenaan, terutama apabila layanan terhadap isteri dilihat berbeza berbanding orang luar.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kecil hati dianggap ‘tong sampah’, rakan sekerja bagi makanan lebihan lepas semua orang tolak - “Ingat aku hamak sangat?”ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja ‘on recording’ sebab rasa tak sedap hati... Wanita akhirnya terkilan dengar rakan sekerja hipokrit maki belakangBagaimanapun, ada juga netizen cuba bersangka baik dan menasihatinya supaya berbincang secara terbuka dengan suami sebelum membuat andaian lebih buruk."Mesti ada portion (bahagian) yang suami awak dah simpan untuk awak. Boleh cuba untuk lihat lebih dalam apa suami dah bagi pada awak, nilai ia sama tak seperti kad RM50 itu."Awak lebih tahu suami sendiri berbanding kami semua di media sosial. Duduk berdua dan cuba cakap secara berdepan apa kamu terasa pada suami," komen seorang netizen memberi pandangan. Isteri kecewa suami beri gift card RM50 kepada rakan wanita pejabat.Permintaan beli donat RM5 ditolak, tetapi rakan wanita dapat hadiah.Wanita luah rasa terabai selepas suami bermurah hati dengan orang lain.Sebelum ini, dia juga mendakwa suami sering memberi silent treatment.Netizen nasihatkan supaya berbincang terus dengan suami secara baik.Ringkasan ini dijana oleh AISebelum ini, wanita sama turut pernah meluahkan mengenai sikap suaminya yang sering memberi layanan dingin sehingga membuatkan dirinya berasa terabai dalam rumah sendiri."Apa perlu dibuat kalau suami bagi silent treatment? Tidak dilayan sampai berminggu-minggu. Cakap apa pun dia tak respon macam saya bercakap dengan batu."Dia buat saya macam tak wujud dalam rumah. Ajak berbincang pun dia tak nak apatah lagi pandang muka saya," cerita wanita itu.