suria

“Dah gila agaknya!” – Netizen kecam Lee Si Young sertai Maraton Sydney walaupun sarat hamil

Si Young dikecam netizen kerana lakukan aktiviti lasak ketika sarat hamil.

PELAKON Korea Selatan, Lee Si Young mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan dia akan menyertai Maraton Sydney 2025 meskipun sedang hamil lapan bulan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Si Young, 43, menerusi satu hantaran di Instagram pada 28 Ogos lalu.

Si Young turut memberitahu dia telah menjalani rutin kecergasan secara konsisten sepanjang kehamilannya.

Antara aktiviti berat dilakukan Si Young.

"Hari ini (28 Ogos) saya berlepas ke Sydney! Saya memang dah lama bersenam, terutama bahagian bawah badan. 

"Saya juga kerap berlari dan sudah mendapat keizinan daripada pakar sakit puan. Saya akan ditemani jurulatih kecergasan sepanjang maraton nanti," tulisnya.

Tambah aktres itu, ini bukan kali pertama dia berlari ketika hamil. 

Semasa mengandungkan anak pertamanya, Jungyoon, dia pernah menyertai tiga maraton. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan bercerai, Lee Si Young umum hamil anak kedua…. Bekas suami sedia bertanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Si Young bikin panas lagi, selamba minum arak ketika hamil

"Kali ini saya bukan lari separuh maraton pun, cuma 10 kilometer. Jadi saya akan lari secara santai saja," jelasnya.

Walaupun ada yang mengagumi keberanian dan semangatnya, ramai netizen meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan kandungannya itu.

"Bayinya akan tertekan... tolonglah buat aktiviti ini bila tak mengandung," komen seorang netizen.

"Dia dah gila agaknya! Dia macam buat apa saja sesuka hati," tulis netizen.

Si Young sudah biasa lakukan aktiviti lasak ketika mengandung.

Sebelum ini, Si Young mendedahkan dia sedang hamil anak kedua menggunakan sperma bekas suaminya untuk melalui proses in vitro fertilization (IVF) tanpa kebenaran. 

Untuk rekod, aktres itu sebelum ini berkahwin dengan Cho Seong Hun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun. 

Namun pasangan ini dilaporkan sudah bercerai sejak Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia