SELEPAS tujuh tahun aktif dalam dunia seni, penyanyi Seung Hun mengumumkan dia mahu mengambil tempoh rehat dan tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti pentas.Meskipun berat, namun bagi Seung Hun, 27, keputusan tersebut adalah langkah terbaik buat dirinya. Apatah lagi selepas isu melibatkan kumpulannya, CIX yang terpaksa menghentikan semua aktiviti seni susulan penamatan kontrak bersama syarikat pengurusan.Keputusan Seung Hun mengejutkan ramai peminat. “Selepas berfikir panjang, saya memutuskan untuk melepaskan gelaran sebagai penyanyi buat sementara waktu dan cuba menjalani kehidupan baharu sebagai orang biasa tanpa aktiviti pentas.“Ini bukan sesuatu yang mudah untuk diperkatakan, tetapi saya percaya ini adalah keputusan yang benar-benar saya perlukan sekarang."Saya sudah menyanyi dan menari sejak di bangku sekolah, jadi kehidupan baharu ini terasa menakutkan. Namun, saya akan cuba menjalani hidup dengan tekun mengikut cara sendiri," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Salah label promosi produk minuman, penyanyi lelaki kena penjara ARTIKEL BERKAITAN: Reda rawatan IVF gagal, suami hadiahkan Ailee beg tangan mewah berharga RM41,000Seung Hun berkongsi perkara tersebut menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dimuat naik di Instagram sebagai tanda penghargaan buat peminat.Dalam masa sama, dia turut mengimbau kenangan sepanjang bersama kumpulan CIX serta sokongan diberikan peminat."Sejak kemunculan, ramai yang sering mengatakan saya sangat menyayangi peminat dan saya benar-benar gembira setiap kali dapat berkomunikasi dengan FIX.Aktiviti seni kumpulan CIX dihentikan. "Namun, ada ketika hati saya terasa kosong dan tidak dapat melihat hala tuju dengan jelas," kongsinya.Terdahulu, pihak pengurusan C9 Entertainment membuat pengumuman untuk menghentikan semua aktiviti kumpulan CIX bermula 30 April.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!