SUAMI kepada pelakon Irish Bella iaitu Haldy Sabri melarang isterinya untuk kembali berlakon dalam sinetron.Keputusan itu dibuat Haldy selepas mempertimbangkan jadual penggambaran sinetron yang tidak menentu dan berpotensi menjejaskan masa bersama keluarga. Katanya keadaan tersebut juga dikhuatiri boleh mencetuskan konflik dalam rumah tangga mereka.Suami mahu Irish (kiri) memberi fokus kepada keluarga."Kalau untuk berlakon sinetron memang saya tidak benarkan. Tapi kalau filem, lihat juga skrip dan watak yang ditawarkan," katanya. Dalam pada itu, Haldy menjelaskan jadual padat produksi sinetron yang mengejar tayangan boleh menyebabkan keletihan.Dia juga tidak mahu Irish pulang lewat malam sehingga mengganggu tanggungjawab terhadap keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Impian Irish Bella bernikah dengan lelaki kaya jadi kenyataanARTIKEL BERKAITAN: Baru cerai 9 bulan, Irish Bella ada sebab pilih tamat zaman janda"Kalau sinetron, banyak masa dihabiskan di lokasi. Balik pula lewat malam, jadi bila masa nak urus anak dan suami? Nanti boleh jadi bergaduh."Saya rasa lebih baik isteri saya fokus pada perniagaan," ujarnya. Untuk rekod, Irish mendirikan rumah tangga dengan Haldy pada 19 Oktober 2024.Sebelum itu, Irish pernah berkahwin dengan pelakon Ammar Zoni pada 28 April 2019 namun bercerai pada 1 Februari 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!