suria

Kecoh! Prank tersandung ketika bawa kek hari jadi, ibu paling cuak gara-gara gelagat 3 anak teruna – “Ayah kata kek hancur boleh beli lagi”

(gambar kanan) Prank dibuat kononnya terjatuh. (gambar kiri) Aksi bapa Arif (kiri) dan ibu (kanan) ketika sambutan hari jadi abang sulung (tengah).

SIAPA yang tidak terkejut apabila berlaku kecelakaan ketika sambutan hari jadi kerana malang sememangnya tidak berbau.

Hari jadi seorang abang digemparkan dengan insiden salah seorang ahli keluarganya yang membawa sekotak kek terjatuh selepas kakinya tersandung pada sebuah kerusi.

Menerusi sebuah video di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang pemuda, kejadian itu rupa-rupanya adalah gurauan atau prank untuk menceriakan suasana.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara 'gatal sangat', kakak gelabah saksi garfu tembus lidah adik - "Dah kena tegur dengan mak sebab bahaya"

ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja lupa birthday sebab nak buat prank, bagi hadiah pun kotak je gempak... suami tak sangka isteri menangis - "Dia marah saya sebab lain"

Pemuda tersebut, Ahmad Arif Abdullah Mohd Azad berkata, kejadian berlaku di rumah ketika keluarganya menyambut hari ulang tahun abang sulung yang berusia 19 tahun, pada Sabtu malam.



Abang sulung Arif menyambut hari ulang tahun ke-19.

Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu, prank tersebut dirancang bersama bapa saudara termasuk seorang lagi abangnya, memainkan peranan sebagai 'tukang bawa kek'.

"Prank tu memang sudah dirancang lebih awal. Bila abang nombor dua terjatuh, semua orang terkejut terutama mak dan ayah.

"Bila kotak kek tu terjatuh, ia akan kemek dan membuatkan orang fikir kek tu dah hancur. Tapi abang bawa kotak kosong. Kek yang sebenar dibawa oleh saya dan pembantu rumah dari dapur," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Arif, dia pada mulanya menyangka reaksi pertama ahli keluarganya adalah mengenai kotak berisi kek dibawa oleh abangnya berusia 18 tahun yang terjatuh ke lantai.

"Biasalah bila ada birthday mesti ada gurauan atau prank. Macam dua tahun lepas ada juga prank masa birthday antara kami, jadi ingatkan mak boleh agak itu adalah prank.

"Tapi mak betul-betul risau bila abang terjatuh. Ayah pun bimbangkan abang juga, siap kata biarlah kek jatuh pun, kalau hancur boleh beli lagi," katanya mengenai ibu bapanya masing-masing berusia 46 dan 47 tahun.



Arif (belakang, dua dari kiri) bersama keluarga.

Arif yang berasal dari Ipoh, Perak berkata, kerisauan ibunya mungkin disebabkan oleh dia dan abangnya sebelum ini mempunyai pengalaman ditimpa kemalangan.

"Abang yang sulung pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya, dia jatuh dari motosikal menyebabkan kakinya patah, dan dimasukkan ke hospital.

"Abang yang kedua pula pernah terjatuh selepas lompat dari sofa, menyebabkan tangannya patah. Dia juga dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Macam dua tahun lepas ada juga prank masa birthday antara kami, jadi ingatkan mak boleh agak itu adalah prank

AHMAD ARIF ABDULLAH MOHD AZAD

"Saya pula pernah mengalami perut melecur apabila tertumpah kuah mi segera dari periuk selepas masak. Jadi, mungkin sebab inilah mak cukup takut kalau ada apa-apa berlaku pada anak-anaknya," ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.



Arif (kanan) bersama ibunya.

Bagaimanapun, pelajar Tingkatan Empat itu berkata, tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh abangnya dalam kejadian prank itu.

"Nampak jatuh macam real, lebih-lebih lagi rakaman memang nak tunjuk seolah-olah abang terjatuh selepas terlanggar kerusi.

"Abang pun terkejut bila macam lancar je dia terjatuh walaupun dibuat-buat sebagai lakonan. Tapi dia tak ada apa-apa semua okay.

"Nasib baik mak tak marah, tapi abang yang sambut birthday tu kena calit cebisan kek dengan mak dan ayah," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain