suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengalaman awal Elvina Mohamad jadi artis, penerbit dan pengarah dah ada isteri cuba ambil kesempatan - “Nak ajak berlakon tapi kena keluar”

Elvina sentiasa bertegas dengan keputusan yang dibuat.

PELAKON Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika mula-mula membina nama dalam industri seni sekitar tahun 2014.

Elvina atau Norzalina Mohamad, 31, berkata ketika itu terdapat segelintir pengarah dan penerbit yang cuba mengambil kesempatan terhadap pelakon baharu termasuk dirinya dengan menawarkan watak bersyarat.

"Masa itu tahun 2014 saya mula sikit-sikit berlakon. Normallah ada yang jenis nak ambil kesempatan.

Elvina bersama Amelia Henderson (kanan) semasa ditemubual di podcast Studio Sembang.

"Dulu ramai pengarah dan penerbit yang gatal-gatal, mereka nak ajak berlakon tetapi kena keluar dengan dia untuk dapatkan watak dalam sesuatu filem.

"Dia cakap dia sudah ada isteri tetapi kenalah teman-teman," dedahnya menerusi podcast Studio Sembang.

Menurut Elvina, dia bagaimanapun tidak teragak-agak untuk menolak pelawaan berkenaan kerana merasakan tiada keperluan untuk menerima ajakan tersebut.

"Memang saya takut. Masa itu saya terus cakap tak nak dan tak nak buat. Saya tanya kenapa kena tawarkan macam itu? Berlakon, berlakon sajalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan ubah babak keterlaluan ditolak, Elvina Mohamad batal hasrat kembali berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: “Babak atas katil buat orang salah faham” - Elvina Mohamad guna ‘stunt double’ untuk aksi panas

"Tapi dia kata, ‘Awak kan baru nak masuk dalam industri ini, abang kena handle dan tunjuk awak jalan.’

"Masa itu saya jenis tak kisah. Saya bukan nak masuk sangat dalam industri ini cuma nak cuba saja sebab ada tawaran. Selepas saya buat drama Si Wedding Planner, selepas itu barulah saya masuk kelas lakonan," ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut berpendapat pelakon baharu lebih mudah menjadi sasaran individu yang mahu mengambil kesempatan kerana mereka masih mentah dan belum mengetahui selok-belok industri.

Elvina mengakui kena bijak jaga diri apabila menceburi dunia lakonan.

Disebabkan kisah-kisah seperti itulah membuatkan segelintir pihak menganggap kerjaya pelakon sebagai perkerjaan yang tidak memberi jaminan masa hadapan.

"Dulu saya rasa ramai orang nak ambil kesempatan terhadap kita yang baru nak masuk industri. Mungkin mereka rasa itu peluang untuk tipu sebab masa itu kita budak dan senang nak ambil kesempatan.

"Sebab itu ramai orang tua anggap kerja berlakon ini tiada masa depan. Tetapi bagi saya, bagaimana awak kendalikan diri, kena pandai kawal diri dan situasi.

"Saya memang akan kata tidak, sebab saya jenis berdikari dari dulu. Jadi tak kisah orang suka atau tidak," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain