PELAKON Ben Amir berkongsi pengalaman cemas rumahnya di Pulau Siargao, Filipina hampir musnah akibat kebakaran hutan yang berlaku di sana pada Ahad. Menceritakan kejadian itu kata Ben atau Muhammad Amir Sabarudin, 36, api dari kawasan berdekatan kediamannya mula marak dengan cepat disebabkan angin kuat. “Kebakaran hutan yang hampir memusnahkan rumah kami. Tengah rehat di rumah tiba-tiba bau asap kuat.Ben bersykur kejadian yang berlaku tidak melibatkan kehilangan nyawa. “Kebakaran dekat tanah sebelah rumah saya, disebabkan angin kuat api merebak dengan cepat.“Seluruh kawasan dipenuhi asap dan ia sangat menakutkan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.Menerusi video yang dimuat naik, Ben turut menunjukkan kawasan sekitar terjejas akibat kebakaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir suka buat kejutan! Betul ke dah kahwin? ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir intai peluang berlakon di Filipina, gigih belajar bahasa tagalogDia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kediamannya selamat dan tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.“Syukur kami selamat dan rumah masih okay. Tapi kejadian itu benar-benar mengejutkan kami.“Terima kasih kepada semua yang datang membantu, bertanya khabar jiran-jiran dan cuba mengawal kebakaran daripada terus merebak.Ben menunjukkan kebun tanamannya yang musnah akibat kebakaran. “Kejadian ini boleh sahaja berakhir dengan keadaan yang jauh lebih buruk,” luahnya.Sementara itu dalam satu perkongsian berbeza, Ben memaklumkan kebun tanamannya musnah akibat kebakaran berkenaan.Untuk rekod, Ben memulakan kehidupan baharu berpindah ke Pulau Siargao sekitar awal 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube