PELAKON Aedy Ashraf mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya sebagai penerbit dan hanya memilih untuk beraksi dalam filem terbitan syarikat produksinya sendiri.Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata ini kerana bidang penerbitan merupakan satu impian yang diidamkan sejak sedekad lalu. “Buat masa sekarang ini saya mahu fokus sebagai seorang penerbit. Kalau saya berlakon pun, saya akan berlakon dalam filem saya sendiri.Aedy hanya berlakon filem yang dikeluarkan syarikatnya. “Ini adalah apa yang saya impikan daripada lima hingga sepuluh tahun lepas dan sekarang saya sedang hidup dalam impian saya. Buat masa ini itulah perancangan saya," katanya kepada mStar. Bagaimanapun, Aedy tidak menolak sekiranya menerima naskhah yang benar-benar luar biasa dan berbeza daripada kebiasaan.“Tetapi kalau ada tawaran cerita yang menarik dan lain daripada yang lain, saya tetap akan pertimbangkan. Cuma keutamaan saya sekarang adalah Alpha Pictures 7 sahaja,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf tiada hubungan istimewa dengan Azira Shafinaz, bidas dakwaan cinta lokasi... “Tidak sama sekali“ ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf hadiahkan kereta kepada ibu dan kakak sempena ulang tahun hari lahir sendiriMengulas mengenai filem sulung terbitannya berjudul Tarung: Unforgiven, Aedy meluahkan rasa syukur apabila filem berkenaan berjaya tercalon sebanyak 10 kategori di Festival Filem Malaysia (FFM)."Saya sendiri yang menghantar penyertaan untuk semua kategori sebab sebagai penerbit, sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk pasukan selepas bekerja keras selama dua tahun. "Bila dapat 10 pencalonan, ia satu pencapaian yang membanggakan. Saya sangat berharap segala usaha yang dilakukan ini membuahkan hasil," ujarnya. Aedy harap filem terbitannya berjaya mendapat trofi FFM. Dalam masa sama, Aedy berkata dia meletakkan harapan tinggi terhadap kategori Aksi Terbaik memandangkan seluruh pasukan termasuk pelakon telah memberikan komitmen dan usaha yang luar biasa.“Antara semua, saya amat berharap Tarung menang bagi kategori Aksi Terbaik. Bukan menidakkan filem lain kerana semuanya hebat, tetapi saya lihat sendiri usaha dan kerja keras pasukan aksi serta barisan pelakon kami.“Sekurang-kurangnya kategori itulah yang saya rasa filem Tarung patut menang walaupun persaingan sangat sengit,” jelasnya.