suria

Dua tahun sorok wajah, Fiq7 selesa kekal misteri... Hanya orang terdekat sahaja tahu identiti sebenar

Fiq tak pernah rancang buka topeng wajah.

PENYANYI rap, Fiq7 mengakui selesa mengekalkan identitinya yang penuh misteri apabila terus tampil dengan topeng setiap kali membuat persembahan.

Menurut Fiq, penampilan tersebut bukanlah kerana ingin meniru mana-mana artis, sebaliknya dia mahu memberi ruang kepada karya yang dihasilkan untuk lebih menonjol berbanding dirinya sebagai individu.

“Awalnya ketika masuk industri, saya tak tutup muka pun. Sampailah satu masa saya pilih untuk tutup kerana tak nak identiti saya lebih dikenali daripada karya.

Fiq selesa sembunyikan wajahnya.

“Masa mula-mula itu, saya ambil saja kain apa yang ada. Nak rekaan khas pun tak pernah terfikir. 

"Sekarang sudah dua tahun saya berimej begini, jadi memang dah biasa dan buat masa ini tiada perancangan nak buka,” katanya kepada mStar.

Fiq dalam masa sama tidak menolak penggunaan topeng itu turut memberi sedikit cabaran terutama ketika membuat persembahan secara langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Fiq7 hasilkan Gelas Memori sambil bayangkan Adira, gabungan balada dan rap jadi nyata

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tinggalkan bekas suami tepi ‘highway’, Adira pastikan dulu tempat selamat… “Cukup kami berdua sahaja tahu punca”

“Sedikit sebanyak memang menganggu nak bernafas pun susah. Tapi bila dah lama buat persembahan, semuanya jadi kebiasaan.

“Pernah juga masa konsert rasa macam barai sikit, tapi Alhamdulillah sekarang dah okey,” ujarnya.

Tambah Fiq, wajah sebenarnya hanya diketahui oleh individu terdekat namun mereka memilih untuk menjaga privasi tersebut.

Fiq bergandingan bersama Adira dalam Gelas Memori.

“Yang kenal secara peribadi mereka tahu wajah saya. Tapi mereka diam-diam saja,” katanya lagi.

Walaupun namanya belum begitu dikenali dalam arus perdana, beberapa karya Fiq kini mencetuskan fenomena digital dengan jutaan tontonan di YouTube, termasuk lagu Puisi Malam, Rindu Tak Terucap dan Restu.

Malah kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Gelas Memori bersama Adira Suhaimi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain