SUSULAN kecaman diterima mengenai video gender reveal (pendedahan jantina bayi), pelakon dan penyampai radio Neera Azizi mengakui tersilap langkah dan tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Bukan berniat menegakkan kesalahan, sebaliknya Neera atau Nurazneera Azizi, 27, menjelaskan dia tidak sedar cara yang digunakan dilihat kurang beradab.
"Assalamualaikum. Hadir dengan rendah diri, saya ingin memberi penjelasan berkenaan isu 'gender reveal' yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Neera terima teguran netizen dengan hati terbuka.
"Pada awalnya, tujuan video tersebut hanyalah sebagai tanda syukur atas kurniaan anugerah Allah SWT dan tidak mempunyai niat lain selain itu.
"Ini tidak bermakna kami ingin menegakkan kesalahan yang telah berlaku. Tanpa disedari, kaedah yang digunakan dilihat kurang beradab," katanya.
Neera berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Rabu.
Dalam pada itu, Neera menjelaskan dia menerima setiap teguran yang diberikan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai nasihat yang baik.
ARTIKEL BERKAITAN: “Awalnya mengandung?” – Neera Azizi pernah rasa tak sedia, anggap rezeki anak datang tepat pada masanya
ARTIKEL BERKAITAN: Neera Azizi bunting pelamin, gementar bakal bergelar ibu
Malah, Neera menegaskan kekhilafan ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak agensi pelancongan dan sepenuhnya merupakan kesilapan diri sendiri.
"Kami amat menghargai teguran yang diberikan dan menerimanya dengan hati yang terbuka, serta menganggapnya sebagai nasihat yang baik. Insya-Allah, kekhilafan ini tidak akan berulang lagi.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa isu ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak travel agency dan merupakan kekhilafan diri sendiri.
Saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
NEERA AZIZI
PELAKON DAN PENYAMPAI RADIO
"Akhir kata, saya hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Semoga Allah SWT mengampuni dosa setiap daripada kita," jelasnya.
Sebelum ini, tindakan Neera berkongsi momen gender reveal itu menimbulkan kecaman sesetengah netizen kerana dilakukan di hadapan Kaabah iaitu tempat ibadah yang dianggap sangat suci dan seharusnya dijaga adabnya.
Beberapa komen di media sosial menyatakan ketika berada di Tanah Suci Makkah, umat Islam patut memelihara adab, doa, dan tumpuan kepada ibadah, dan bukannya menjadikannya latar untuk membuat kandungan hiburan.

Neera akui khilaf berkongsi pendedahan jantina bayi di hadapan Kaabah.
Video asal yang dimuat naik telah dipadamkan oleh Neera daripada Instagram selepas timbulnya pelbagai reaksi daripada netizen.
Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu.
Pasangan ini dijangka menerima cahaya mata perempuan pada April tahun depan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


