PELAKON Linda Hashim berkongsi tangkap layar mesej dipercayai dihantar suaminya, aktor Beego, yang mendoakan dia mendapat kifarah ketika menunaikan ibadah umrah.
Dalam hantaran di Instastory miliknya pada petang Rabu, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, memaparkan komen balas Beego tentang perkara itu.
"Nanti pergi umrah pasti ada kifarah. Baik atau buruk, sebab masih isterikan," tulis komen balas yang dipercayai dihantar oleh Beego.

Tangkap layar yang dikongsikan Linda di Instastory miliknya.
Pada hantaran tersebut, Linda kemudian menulis ayat sinis seolah menggambarkan dia kurang senang dengan kata-kata itu.
"Doa seorang suami pada isteri yang nak pergi ke rumah Allah," ujarnya.
Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguhkan prosiding perceraian Linda dan Beego ke 21 Januari 2026, susulan ketidakhadiran Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, atas alasan menghadiri urusan kematian ahli keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Beego tidak hadir ke mahkamah, hakim beri amaran bekerjasama... Peguam maklumkan masih mahu berbaik dengan Linda Hashim
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Linda Hashim tahu lokasi Beego, dakwa suami tipu alasan kematian ahli keluarga
Namun, Linda menjelaskan dia mengetahui keberadaan Beego selain mengetahui urusan pengurusan jenazah ahli keluarganya telah selesai pada malam Isnin.
Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


