suria

Shinhwa didakwa ciplak lebih 20 lagu, netizen bongkar bukti tiru karya popular 1980-an

Shinhwa didakwa ciplak 20 lagu artis dari luar negara.

KUMPULAN Shinhwa, kini berdepan kecaman hebat selepas timbul dakwaan lebih 20 buah lagu mereka mengandungi lirik hasil ciplak daripada karya artis lain.

Paling menjadi perhatian, ahli kumpulan merangkap penyanyi rap, Eric, dituduh meniru hampir keseluruhan baris lirik daripada beberapa penyanyi terkenal antaranya Foxy Brown, Outkast dan Da Brat.

Eric dituduh meniru hampir keseluruhan baris lirik daripada beberapa penyanyi terkenal.

Kontroversi itu tercetus selepas satu hantaran tular di komuniti dalam talian TheQoo, mendedahkan perbandingan antara lirik asal dan versi nyanyian Shinhwa.

Dalam hantaran berkenaan, individu tersebut turut memaparkan beberapa contoh lagu yang dikatakan mempunyai persamaan ketara, antaranya Soul yang disamakan dengan Who Dat nyanyian JT Money, Perfect Man dengan Everything’s Everything oleh AZ, serta Your Wedding yang dikatakan menyerupai Get Me Home nyanyian Foxy Brown.

Berdasarkan perbandingan itu, kebanyakan lirik yang didakwa dicuri hanya mengalami sedikit perubahan dengan pertukaran nama atau perkataan kecil sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:Jun Jin (Shinhwa) dilayan macam bayi, merajuk kalau isteri terlupa pakaikan spender dan sapu losyen selepas mandi

ARTIKEL BERKAITAN:Jun Jin (Shinhwa) kini bergelar suami kepada pramugari, kahwin dalam majlis sederhana

Lebih mengejutkan, Eric disenaraikan sebagai penulis lirik rasmi untuk bahagian rap berkenaan, namun pendedahan ini menimbulkan keraguan besar terhadap keaslian sumbangannya.

Menurut pandangan netizen, Eric mungkin terlepas daripada isu ini sebelum ini kerana pada era lewat 1990-an, pengaruh muzik rap antarabangsa dan penggunaan internet di Korea Selatan masih sangat terhad, menyebabkan kes plagiat sebegini sukar dikesan.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Shinhwa Company mahupun bekas agensi mereka, SM Entertainment, berhubung tuduhan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain