suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jun Jin (Shinhwa) kini bergelar suami kepada pramugari, kahwin dalam majlis sederhana

Jun Jin berkongsi foto perkahwinannya.

SELEPAS terpaksa menangguhkan perkahwinan yang sepatutnya dijadualkan pada awal September, akhirnya anggota kumpulan Jun Jin kini sah bergelar suami pada Ahad lalu.

Memetik laporan Soompi, Jun Jin dan isterinya yang bukan dalam kalangan selebriti itu mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup.

Jun Jin dan wanita bekerja sebagai pramugari itu hanya menjemput ahli keluarga terdekat dan teman rapat untuk memeriahkan majlis mereka.

Difahamkan ahli kumpulannya iaitu Kim Don Wan memeriahkan lagi majlis tersebut dengan menyanyikan lagu ucapan tahniah atas perkahwinan pasangan itu.

Sekitar May lalu, Jun Jin berkongsi hasrat ingin mendirikan rumah tangga dan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga kini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain