suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nathalie Holscher tampil berhijab, padam gambar seksi selepas peluk Islam... Netizan doa terus istiqamah

Nathalie tampil dengan imej baharu selepas memeluk Islam.

SELEPAS mengambil keputusan memeluk agama Islam, personaliti media sosial yang juga merupakan disc jockey (DJ) Nathalie Holscher mula mengubah penampilan dan memadam semua foto lamanya di Instagram.

Dia dilihat kini muncul dengan imej baharu mengenakan hijab serta menukar cara pemakaiannya sebagai seorang muslimah.

Tindakan Nathalie memadam foto seksinnya dahulu menerima pujian netizen yang berharap agar dia kekal istiqamah.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ popular Nathalie Holscher peluk Islam selepas terima hidayah dalam mimpi

Selain komen pujian, ada juga netizen membuat andaian Nathalie kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelawak Sule.

Apatah lagi Sule menjadi saksi ketika Nathalie mengucapkan dua syahadah pada Selasa lalu.

Lebih menarik perhatian apabila ada peminat menyamakan wajah Nathalie mirip seperti arwah isteri Sule iaitu Allahyarham Lina Jubaedah.

Pada Jumaat lalu, Nathalie mendedahkan dia sudah lama memasang impian untuk bergelar seorang Muslim sehinggalah menerima hidayah semasa tidur.

SUMBER: Wow Keren

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain