suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kylie Jenner tak sanggup tengok gambar sendiri zaman remaja, minta Kim Kardashian ‘hapus’ segera!

Kylie tak suka Kim Kardashian muat naik foto lamanya.

UMUM mengetahui bintang sensasi, Kim Kardashian kerap berkongsi mengenai kehidupannya dan keluarga di laman sosial.

Namun perkongsiannya kali ini mengundang rasa kurang senang Kylie Jenner yang memintanya memadam foto tersebut.

Pada Jumaat lalu, Kim Kardashian memuat naik foto lama (throwback) memperlihatkan dia bersama Khloe Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner.

Dalam foto tersebut, keempat-empat masih lagi di awal usia remaja dan belum pandai bergaya.

"Babies in Benihana," tulis Kim di ruangan kapsyen.

Foto tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut, namun yang paling menarik perhatian adalah komen yang ditulis oleh Kylie.

"Padam ini segera," kata Kylie.

Komen ringkas yang ditulis Kylie itu menerima lebih 30,000 tanda suka daripada pengikut.

Sebelum ini, menerusi laporan Hollywood Life, Kylie dikatakan tidak menyukai penampilannya semasa remaja dikongsi di media sosial.

SUMBER: NZ Herald

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain