suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sehari selepas jadi bapa, Zayn Malik lancar ‘Better’ sebagai hadiah buat peminat

Zayn Malik tampil dengan lagu baharu pada Jumaat.

SEHARI selepas menimang cahaya mata pertama dan bergelar bapa, penyanyi Zayn Malik melancarkan lagu baharu berjudul Better pada Jumaat.

Menerusi Instagram, bekas ahli kumpulan One Direction ini memaklumkan kepada peminat mengenai buah tangan terbaharunya itu.

"Lagu Better telah dilancarkan sekarang!," tulisnya.

Kekasih kepada Gigi Hadid ini turut berkongsi video muzik lagu berkenaan yang diarahkan oleh Ryan Hope.

Pada Khamis lalu, pasangan selebriti ini berkongsi berita gembira apabila secara rasmi bergelar ibu bapa.

Menurut Zayn, Gigi selamat melahirkan anak perempuan pada Rabu lalu.

"Bayi perempuan kami ada di sini... sihat dan cantik! Menulis kata-kata di sini tentang perasaan saya merupakan hal yang sangat sukar digambarkan," katanya.

Zayn Malik, Gigi Hadid, anak,

Artikel Lain