DJ popular Nathalie Holscher peluk Islam selepas terima hidayah dalam mimpi

Nathalie memeluk agama Islam selepas didatangi mimpi pelik.

PERSONALITI media sosial yang juga merupakan disc jockey (DJ) popular Indonesia, Nathalie Holscher memeluk agama Islam pada Selasa lalu.

Menerusi saluran YouTube Sule, Nathalie mendedahkan dia sudah lama memasang impian untuk bergelar muslim sehinggalah menerima hidayah semasa tidur.

"Sebenarnya dah lama (mahu peluk Islam), sebelum ini pernah pakai telekung mereka semua kata Subhanallah... saya tanya apa ertinya dan mereka jelaskan.

"Sampai di rumah saya terus tidur, tiba-tiba didatangi mimpi yang saya tak pasti dan ditelinga ada suara biasa saya dengar dari masjid bergema begitu kuat.

"Suara seorang lelaki mengucap syahadah begitu!," katanya.

Hairan dengan mimpinya pada malam itu, Nathalie berkata dia bertanyakan mengenai perkara itu dengan rakan-rakan rapatnya.

Malah sebelum memeluk Islam, dia turut mendapatkan restu keluarga.

"Ya saya ada tanya-tanya orang mengenai mimpi itu. Mereka kata itu dapat hidayah, tapi itu (hidayah) sudah lama (terima).

"Keluarga saya ada yang muslim iaitu kakak kandung... ibu bapa saya tahu, keluarga semua tahu dan tiada masalah," katanya.

SUMBER: Merdeka

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain