suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan hanya bertahan dua bulan, Demi Lovato dan Max Ehrich putus tunang!

Demi dan Max putus tunang selepas dua bulan menjalinkan hubungan istimewa.

PENYANYI terkenal, Demi Lovato memutuskan pertunangannya dengan aktor, Max Ehrich setelah dua bulan menjalinkan hubungan istimewa.

Menurut laporan Elle, sumber terdekat mendedahkan kedua-dua selebriti ini memilih membawa haluan masing-masing dan mahu fokus dengan karier seni.

"Ini merupakan keputusan berat tetapi Demi dan Max memutuskan untuk berpisah agar dapat fokus karier mereka.

"Mereka menghormati keputusan itu dan mencintai antara satu sama lain dan akan lebih menghargai waktu yang mereka lalui bersama sebelum ini," kata sumber kepada People.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu.

Menerusi Instagram, Demi berkongsi foto dia dilamar Max di Pantai Malibu, California, Amerika Syarikat.

"Saya berbesar hati untuk terima lamaran awak. Saya sayang awak lebih dari apa yang kapsyen ini boleh terangkan. Saya sangat teruja untuk mulakan keluarga dan hidup baru bersama awak. Saya sayang awak selamanya," tulis Demi.

Spekulasi hubungan Demi dan Max bermula apabila Demi dilihat di dalam siaran langsung Instagram (IG Live) Max pada awal Mac lalu.

Pasangan itu kemudian secara terbuka berkongsi foto bersama di Instagram masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Demi Lovato, max Ehrich, putus tunang

Artikel Lain