suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selena Gomez bangga kini boleh tayang parut pemindahan buah pinggang - “Dulu saya akan pakai apa saja untuk sorok”

Selena lebih yakin dengan diri dan bangga dengan pengalaman yang dilaluinya.

PENYANYI Selena Gomez mengakui dia pernah berasa tidak yakin dengan kesan parut yang ada di tubuhnya selepas menjalani pembedahan pindahan buah pinggang sekitar September 2017.

Menerusi Instagram Selena memberitahu dia berusaha untuk menutupi kesan parut tersebut kerana tidak mahu ia kelihatan di dalam fotonya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ice Cream itu kini semakin yakin dengan dirinya dan berasa bangga dengan pengalaman yang dilaluinya itu.

"Selepas saya menjalani pemindahan buah pinggang, saya masih ingat lagi ia sangat sukar. Pada mulanya saya tak mahu menunjukkan parut. Saya tidak mahu ia nampak dalam foto, jadi saya akan pakai apa saja untuk sorok.

Selena terima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa.

"Tapi sekarang saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri dan apa yang telah saya lalui... saya berasa sangat berbangga dengannya," katanya.

Sekitar September 2017, Selena mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya iaitu Francia Raisa.

Selena yang mengalami radang buah pinggang berkata, dia amat menghargai jasa Raisa yang sanggup berkorban untuknya demi perkara itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain