suria

Netizen pertikai keputusan Pasha lancar album solo tanpa Ungu

Kumpulan Ungu memberi sokongan penuh kepada Pasha (kiri) untuk tampil dengan album solo.

KEPUTUSAN vokalis kumpulan Ungu iaitu Pasha mengeluarkan album solo yang berjudul Di Atas Angin tanpa melibatkan anggota yang lain menarik perhatian umum.

Memetik laporan Liputan6, meskipun Pasha sememangnya sengaja enggan ada penglibatan daripada ahli kumpulannya namun pemain gitar mereka iaitu Enda tetap turut serta dalam sidang media secara maya baru-baru ini.

Enda turut menjelaskan album tersebut akan menjadi milik kumpulan mereka sekiranya semua ahli terlibat sama namun mereka memberi ruang kepada Pasha untuk menerbitkannya secara solo.

"Kalau kami semua terlibat bermaksud album ini akan jadi Ungu. Tapi album solo ini hanya untuk Pasha sahaja. Kalau saya dan Onci terlibat juga, jadi album Ungu la," kata Enda.

Walaupun tidak terlibat, Enda tetap membantu daripada segi memantau setaip perkembangan rakan baiknya sejak awal perbikinan album tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain