BUKAN sekadar aksesori pelengkap gaya, barang kemas juga merupakan pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.Bagaimanapun, barang kemas yang kerap dipakai pasti terdedah kepada peluh, habuk dan sisa losyen sehingga lama-kelamaan hilang seri. Lebih mengecewakan apabila cincin atau rantai kesayangan mula kelihatan kusam, sedangkan harganya bukan calang-calang.Nak cuci di kedai emas, pasti kosnya tinggi.Anda yang berdepan masalah ini, bolehlah mengikut langkah yang dikongsikan Bunga Yanie di Facebook.Mempunyai pengalaman kerja di kedai emas selama lebih 13 tahun, ujarnya, barang kemas boleh dicuci menggunakan sabun pencuci.Dengan menggunakan cara ini, koleksi barang kemas kelihatan berkilauan seperti baharu tanpa sisa kotoran degil.Memberus dapat menghilangkan kesan kotoran degil. -Foto Facebook Bunga YanieMenerusi perkongsian oleh Bunga Yanie, ini langkah-langkah yang boleh dilakukan:1. Masukkan barang kemas ke dalam periuk.2. Tambahkan air secukupnya bersama sedikit sabun pencuci.3. Panaskan di atas dapur sehingga air mendidih.4. Apabila kotoran mula terapung, tutup api dan biarkan seketika.5. Gunakan berus gigi lembut untuk menggosok perlahan di bahagian celahan..6. Bilas dengan air bersih hingga tiada sisa sabun.7. Keringkan menggunakan kipas atau pengering rambut.