ADIK bongsu suspek merupakan individu terawal menyedari tentang kejadian tragis yang meragut lima nyawa ahli keluarganya di rumah mereka di Cherating Damai, Kuantan, Pahang.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi memaklumkan dia terdengar bunyi pertengkaran kira-kira pukul 7 pagi ketika berada di dalam bilik tidur. Menurutnya, sebaik keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur, saksi mendapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah.Ibunya sempat menjerit meminta pemuda itu mendapatkan bantuan daripada bapa saudara yang tinggal di belakang kawasan perumahan sama.Apabila saksi dan bapa saudara tiba di rumah berkenaan, semua mangsa termasuk suspek didapati terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.Ashari berkata, rumah tersebut dihuni lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isterinya seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Lima beranak ditemukan tidak bernyawa dalam rumah, dipercayai mangsa bunuhARTIKEL BERKAITAN: Ada kesan kelar pada mangsa! Suspek bunuh 4 ahli keluarga sebelum cederakan diri sendiriBagaimanapun, ketika kejadian hanya enam individu berada di rumah berkenaan.Semakan lanjut mendapati lelaki berusia 32 tahun itu tidak mempunyai rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencederakan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, sebelum menyerang ibunya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55.Suspek juga menyerang dua anak perempuan mereka, Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri dan turut meninggal dunia.Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk tangan, telinga dan leher. Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.Bedah siasat terhadap suspek dan isterinya telah dijalankan pada Selasa, manakala proses sama bagi ibu serta dua kanak-kanak terbabit disambung pada pukul 9 pagi Rabu.