suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umat Islam di Malaysia mula puasa pada Khamis

Syed Danial memaklumkan tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada Khamis.

UMAT ​​Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, bersamaan 19 Februari 2026.

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Kata Syed Danial, tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada hari tersebut berdasarkan perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Selasa malam.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Selasa, 17 Februari bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah.

Artikel Lain