suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda masuk perangkap bekas kekasih... Leher dijerut dengan tali rafia, kereta dilarikan!

Pemuda yang cedera terkena pisau menerima rawatan selepas melarikan diri. -Foto Polsek Ciledug

PERTEMUAN seorang pemuda dengan bekas kekasihnya membawa padah apabila dia diserang suami wanita tersebut

Menurut polis, insiden bermula apabila pemuda itu mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan di dalam keretanya di sebuah stesen minyak ketika sedang mengisi petrol.

Dalam pertemuan itu dia sempat berbual dengan bekas kekasihnya selama sekitar 10 minit sebelum secara tiba-tiba suami wanita itu turut masuk ke dalam kereta.

"Berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum suami wanita itu bertindak ganas mengarahkan pemuda itu memandu kereta menuju ke arah lebuh raya.

"Suami wanita itu kemudian menggari dan mengugut pemuda tersebut dengan pisau," kata Ketua Polis Ciledug, Komisioner Dalby.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuhraya Jakarta-Tangerang, Indonesia.

Dalby berkata, mangsa sebenarnya diperdaya bekas kekasihnya apabila wanita itu bertindak mencekiknya dengan tali rafia.

Dalam keadaan berdarah akibat terkena pisau, mangsa keluar dari kereta untuk meminta pertolongan orang ramai.

Susulan itu kedua-dua suspek bertindak melarikan kereta mangsa.

Kes masih dalam siasatan polis manakala mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan.-Agensi

Artikel Lain