suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cikgu sambilan ‘geram’ tengok pelajar tunggang motosikal Honda, senyap-senyap rembat di asrama

Seorang guru ditahan selepas didakwa mencuri motosikal pelajar. -Gambar Polis Manggarai

SEORANG guru sambilan ditahan polis selepas disyaki mencuri motosikal milik pelajarnya pada Sabtu.

Guru lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sekitar 3 pagi selepas mangsa membuat laporan polis.

Menurut polis, suspek mengambil kesempatan ketika keadaan sunyi sepi di kawasan asrama untuk mencuri motosikal jenis Honda Verza CB 150 berwarna merah-hitam milik pelajar berusia 20 tahun. 

Kejadian berlaku di Manggarai, Indonesia.

Mangsa dilaporkan mengalami kerugian kira-kira Rp13 juta (RM3,640).

Selepas laporan dibuat, pasukan polis menjalankan siasatan dan menahan guru tersebut di kawasan Lorong Israel, Kampung Tenda, Langke Rembong.

Polis turut merampas motosikal berkenaan sebagai bukti dan suspek kini sedang disoal siasat untuk tindakan lanjut. -Agensi

Artikel Lain