suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota polis berpangkat sarjan kantoi intai bawah skirt budak sekolah

Individu yang melakukan jenayah bakal dihukum. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan ditahan pihak berkuasa selepas disyaki cuba merakam video dari bawah skirt pelajar perempuan di sebuah pusat beli-belah.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.10 petang Ahad di Osaka, Jepun.

Berdasarkan laporan, suspek berusia 47 tahun dikenali sebagai Kohei Goto bertugas di Bahagian Sumber Manusia Polis Wilayah Wakayama.

Mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah rendah berasal dari Wilayah Kagawa ketika itu sedang membeli-belah bersama dua rakannya sebelum dihampiri suspek.

Susulan daripada itu, suspek menggunakan telefon pintar untuk cuba merakam bawah skirt mangsa.

Bagaimanapun, tindakan mencurigakan suspek disedari seorang pegawai polis berpakaian biasa yang sedang membuat rondaan sebelum menghampirinya.

Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Pihak polis mendapati wujud rakaman dalam telefon pintarnya dan dia disiasat atas dakwaan cubaan mengintai. -Agensi

Artikel Lain