SEORANG juruterbang syarikat penerbangan berusia 56 tahun maut selepas ditikam di kediamannya pada Selasa. Kejadian dilaporkan berlaku di Busan, Korea Selatan.Berdasarkan laporan, mangsa ditemukan tidak bernyawa kira-kira pukul 7 pagi di sebuah apartmen di daerah Busanjin, manakala serangan dipercayai berlaku sekitar pukul 5.30 pagi.Menurut polis, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an yang kini masih bebas, pernah bertugas sebagai juruterbang bersama mangsa.Dia bagaimanapun meninggalkan syarikat penerbangan berkenaan pada 2024.Difahamkan, suspek meletakkan jawatan selepas digantung daripada tugas penerbangan susulan kebimbangan yang timbul hasil penilaian psikologi terhadap dirinya.Pihak polis percaya suspek mungkin menyimpan dendam terhadap individu yang terlibat dalam keputusan melarangnya daripada terus menerbangkan pesawat.Dalam perkembangan berkaitan, suspek turut dipercayai menyerang seorang lagi juruterbang yang pernah bekerja dengannya di Goyang, wilayah Gyeonggi pada Isnin, apabila cuba mencekik mangsa namun gagal membunuhnya.Susulan insiden tersebut, beberapa juruterbang syarikat penerbangan berkenaan dilaporkan meminta perlindungan polis sementara siasatan lanjut dijalankan. -Agensi