TEKNOLOGI kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja membantu anda mencari maklumat dengan mudah, malah boleh dijadikan sebagai alat pintar untuk menguruskan kewangan harian.
Platform seperti ChatGPT boleh menjadi personal finance assistant untuk menguruskan kewangan tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam membuat perancangan secara manual menggunakan Excel
Berikut kami kongsikan empat kegunaan ChatGPT untuk membantu pengurusan kewangan harian anda:
1. Perancangan Kewangan
Anda boleh menggunakan AI untuk membuat kira-kira perbelanjaan bulanan, tetapkan simpanan, atau buat senarai bil yang perlu dibayar.
Cara ini dapat menjimatkan masa dan tenaga anda berbanding membuat pengiraan bajet secara manual.
Malah, anda juga dapat melihat gambaran penuh kewangan dengan cara yang lebih mudah dengan menggunakan AI.

Perancangan kewangan sangat penting untuk memastikan perbelanjaan anda tidak melebihi bajet. -Gambar hiasan AI
2. Cari tawaran dan diskaun
AI boleh membantu anda mencari promo atau tawaran terbaik ketika membeli-belah secara dalam talian.
Langkahnya mudah sahaja, beri arahan kepada ChatGPT untuk menyenaraikan tempat beli barang yang lebih jimat atau yang menawarkan pulangan tunai.
3. Jejak perbelanjaan harian
Gunakan AI untuk mencatat dan memantau perbelanjaan harian.
Contohnya, anda boleh catat resit digital, dan AI bantu analisis kategori mana paling banyak membazir.
Ini memudahkan anda buat keputusan bijak bulan demi bulan.
4. Tip kewangan
Selain itu, AI juga boleh beri tip perbelanjaan atau idea untuk tambah pendapatan sampingan.
Contohnya, nak buat jualan online, freelancing, atau cari side hustle lain, semua boleh dirancang dengan bantuan AI.


