suria

Ini 7 cara orang pemalas capai kebebasan kewangan, usaha minimum pun mampu langsai hutang

Ramai yang mencari jalan dan berusaha untuk menyelesaikan hutang dengan segera. -Gambar hiasan AI

DALAM era yang sering mengagungkan budaya 'hustle', ramai menganggap kebebasan kewangan atau bebas hutang hanya untuk mereka yang bekerja tanpa henti. 

Hakikatnya, ada cara yang jauh lebih santai dan berkesan untuk mengecapi nikmat tersebut seperti mana panduan dikongsikan Compare Hero. 

Ini merupakan tujuh panduan untuk individu yang ingin mencapai kestabilan kewangan tanpa perlu bekerja secara berlebihan.

1. Simpanan automatik dengan cara biar duit 'bekerja' untuk kita

Cara paling senang untuk mula bina tabung kewangan adalah dengan aktifkan auto-transfer.

Tetapkan jumlah tertentu setiap bulan masuk ke akaun simpanan berasingan dan biarkan ia terkumpul tanpa perlu berfikir. 

Sedikit demi sedikit, ia akan jadi dana kecemasan yang kukuh.

2. Bajet 'santai' tapi berkesan

Tidak semua orang rajin buat pengiraan bajet secara terperinci. 

Untuk gaya hidup ‘relaks’, cukup fokus pada tiga perkara:

a. Perbelanjaan wajib

b. Had untuk belanja suka-suka

c. Ruang untuk simpanan

Guna aplikasi yang tersedia dalam telefon pintar untuk rekod dan bajet perbelanjaan setiap hari atau bulan.

3. Faham apa yang kita buat terutama jika ada pinjaman (loan)

Jangan ambil ringan sekiranya ada menggunakan apa-apa produk kewangan termasuk pinjaman peribadi.

Fahami perkara asas seperti kadar faedah, terma bayaran balik serta jumlah keseluruhan yang perlu dilangsaikan.

Pinjaman peribadi boleh membantu apabila digunakan secara bijak contohnya untuk konsolidasi (gabungkan) hutang atau situasi kecemasan. 

4. Melabur tanpa perlu penat berfikir

Bagi yang mahu melabur tanpa perlu pantau carta setiap hari, pilih instrumen yang low-maintenance (rendah penyelenggaraan).

Modal berkembang secara automatik, kita pula boleh teruskan hidup santai.

5. Kemas rumah, dompet tebal

'Decluttering' atau membuang barang rumah bukan sekadar terapi minda kerana langkah ini juga boleh jadi sumber duit tambahan.

Jual barang yang tak digunakan di platform dalam talian di mana duit itu boleh disalurkan ke dana simpanan atau pelaburan.

6. Guna kad yang menawarkan cashback (pulangan wang) dan rewards (mata ganjaran) dengan bijak

Jika anda seorang yang suka berbelanja, gunakan kad yang mempunyai tawaran berbaloi mengikut kesesuaian.

7. Side hustle ringan untuk pendapatan tambahan

Tidak perlu ambil kerja berat dan pilih kerja sambilan yang selari dengan minat, antaranya:

a. Reka bentuk grafik

b. Penulisan

c. Tutor dalam talian

Hasilnya kecil tapi perlu konsisten supaya cukup membantu membina kebebasan kewangan dalam jangka panjang.

Artikel Lain