DALAM dunia pekerjaan, staf yang sering bertukar ganti adalah perkara biasa dan menjadi sebahagian daripada perjalanan sesebuah organisasi.
Malah, pekerja juga boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa sekiranya menerima tawaran dan peluang lebih baik di tempat lain.
Namun, seorang wanita di Threads mengingatkan orang ramai bahawa hujung tahun bukanlah masa terbaik untuk seseorang itu meletakkan jawatan.
"Kalau rasa nak resign sangat, mohon bersabar sebab kebanyakan syarikat tak akan hiring sampai selepas raya pada Mac 2026.
"Jangan terburu-buru resign sebab year end resign paling rugi. Pertama, most finance and hiring manager cuti, jadi tiada peluang interview.

Hujung tahun menjadi waktu paling sibuk untuk kebanyakan syarikat. -Gambar hiasan AI
"Kedua, hujung tahun juga operation manager sibuk clear task, senior semua sibuk kejar Key Performance Indicator (KPI).
"Kalau masuk kerja pun terkapai-kapai fast pace, nanti awak yang stres dan resign.
"Ketiga, bonus dan kenaikan di tempat kerja asal pun mungkin kamu tak dapat," kongsinya.
Di ruangan komen, beberapa individu turut memberikan pendapat mereka berhubung perkara itu.
"Benda ni betul, saya dengar daripada senior, dia cakap begini.
"Betul. Tunggu Februari atau Mac untuk job vacancy. Kemasukan selalunya April. Financial calendar.
"Satu lagi, geng-geng 'sauk' bonus tunggu dapat bonus baru berhenti. Jadi vacancy belum open," antara komen netizen.


