suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang berubah mendadak selepas berkahwin, sanggup buang mak ayah gara-gara hasrat nikahi wanita Medan ditentang

Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga sebaik-baiknya mendapatkan restu daripada keluarga. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja gara-gara 'hanyut' dengan cinta, sehingga hubungan kekeluargaan menjadi taruhan.

Begitulah luahan seorang individu yang mendakwa abangnya berubah selepas berkahwin dengan seorang wanita dari Medan, Indonesia. 

Lebih mengejutkan, dia mendakwa perkahwinan abangnya berlaku hanya selepas melalui tempoh perkenalan yang singkat dengan wanita berkenaan, meskipun mendapat tentangan daripada keluarga.

"Abang aku kahwin dengan orang Medan, Indonesia. Depa (mereka) kenal tak sampai enam bulan, tiba-tiba terus nak kahwin.

Tiada anak yang sanggup melihat ibu mereka menitiskan air mata kesedihan. -Gambar hiasan AI

"Wanita itu betul-betul macam terdesak sangat nak kahwin dengan abang aku waktu itu.

"Abang aku langsung tak mahu dengar cakap keluarga sebab keluarga memang tidak setuju," luahnya dalam satu hantaran di Threads.

Menurut individu berkenaan, keadaan menjadi semakin tegang apabila abangnya kini didakwa seolah-olah memutuskan hubungan dengan ibu dan bapa mereka.

"Dan sekarang abang aku macam totally buang ibu ayah aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rebah dalam dakapan asmara pemuda alim... Buang keluarga demi manusia bertopeng syaitan

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka balik kampung ziarah keluarga, rupanya kahwin lain! Anak kecewa bapa warga seberang bawa lari duit simpanan keluarga

Pelik dengan perubahan mendadak abangnya itu, individu tersebut tidak menolak berkemungkinan abangnya 'terkena buatan' wanita berkenaan.

Justeru, dia meminta pandangan warga maya yang mungkin pernah berdepan situasi sedemikian demi memulihkan abangnya dan dalam masa sama menjernihkan semula hubungan kekeluargaan mereka.

"Ada tak sini siapa-siapa yang pernah 'kena' dan macam mana aku nak dapatkan abang aku balik dengan cara yang elok atau tahu perubatan Islam yang boleh berubat berkaitan buatan orang Indo ni?" luahnya.

Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan simpati dengan situasi yang menimpa keluarganya.

  • Seorang individu mendakwa abangnya berubah selepas berkahwin dengan wanita dari Medan, Indonesia.
  • Mereka dikatakan berkahwin selepas berkenalan kurang enam bulan.
  • Perkahwinan itu mendapat tentangan keluarga, namun abangnya tetap meneruskan keputusan.
  • Abangnya kini didakwa menjauhkan diri daripada ibu dan bapa.
  • Individu itu meminta pandangan netizen untuk memulihkan abangnya.

Ada yang menyuarakan pelbagai cadangan untuk memulihkan abangnya itu termasuk melakukan solat hajat dan mencuba kaedah perubatan Islam.

Namun begitu ada yang menasihatkannya supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan hingga mengaitkan apa yang berlaku kononnya berpunca daripada perbuatan sihir.

"Cuba tanya dengan abang, kenapa tak nak tengok dan maafkan orang tua... janganlah semua dikaitkan dengan jampi.

"Buat je solat hajat. Kuasa Allah lagi hebat," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain