TIDAK semua pelanggan selesa apabila makanan yang tidak dipesan tiba-tiba diletakkan di atas meja.Seorang lelaki berkongsi pengalaman ketika menjamu selera apabila menerima makanan tambahan di dalam pinggan yang berisi sate dipesannya. Menurut lelaki berkenaan, dia pada awalnya hanya memesan nasi putih, tomyam serta 10 cucuk sate daging.Sebagai pelanggan pastikan anda semak dulu senarai makanan yang dimakan sebelum bayar. -Gambar hiasan AI“Dalam 10 minit, sate sampai sekali dengan dua ketul nasi himpit. Saya tanya, set sekali nasi himpit ke? Saya tak ada order.“Dia jawab dengan nada marah apa set-set? Satu ni RM1, dua RM2,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Masak tempoyak ikan patin untuk rakan serumah, tapi ‘boyfriend’ orang pula kenyang! - “Saya tapau untuk dia makan malam”ARTIKEL BERKAITAN: Mulut masih mengunyah tapi makcik bertongkat dah ‘parking’ tepi meja! Wanita menyirap perangai ‘cop’ tempat di kedai makanLebih mengecewakan, lelaki itu mendakwa peniaga berkenaan menyuruhnya makan nasi himpit tersebut walaupun dia sudah menjelaskan bahawa makanan itu tidak dipesan.“Kalau dia cakap elok-elok tadi, aku boleh saja makan nasi himpit tu. Tapi dia macam menekan dan siap nak marah. Aku tak pesan pun nasi himpit tu."Aku terus batalkan semua, sate sekali dengan nasi himpit. Aku tak nak,” katanya.Lelaki dakwa menerima dua ketul nasi himpit walaupun tidak pernah memesannya.Peniaga didakwa memberitahu nasi himpit itu berharga RM1 setiap satu.Berang dengan cara peniaga menjawab, lelaki terbabit membatalkan pesanan sate.Dia hanya membayar nasi putih dan tomyam yang sememangnya dipesan.Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan tersebut tidak telus.Ringkasan ini dijana oleh AILelaki berkenaan kemudian hanya membayar makanan yang sememangnya dipesannya iaitu nasi putih dan tomyam, manakala sate yang dihantar dibiarkan di atas meja.Dia mendakwa tindakan meletakkan makanan tanpa pesanan boleh menyebabkan pelanggan terpaksa membayar sekiranya memilih untuk memakannya.“Dia main letak saja. Dia tahu orang akan makan. Jadi senanglah nak tambah harga terus,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan ramai peniaga mencari rezeki tanpa berkat dengan memperdaya pembeli dengan taktik sedemikian."Salah satu contoh perniagaan yang tak berkat, tak telus dan tak patuh syariah."Boleh je peniaga tu ambil balik nasi himpit tu, kan rugi rezeki sate 10 cucuk," komen warga maya.