Suami isteri perlu berlaku jujur dan menjaga hati pasangan untuk mengelakkan konflik rumah tangga. -Gambar hiasan AI
ADA individu tidak lokek menghulurkan wang kepada ibu bapa sebagai tanda kasih sayang dan tanggungjawab terhadap insan yang telah membesarkan mereka walaupun sudah berkahwin. Namun, dalam rumah tangga, soal kewangan juga perlu diurus dengan penuh pertimbangan agar tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak tidak terabai. Seperti kisah dikongsikan seorang wanita ini, dia meluahkan rasa terkilan kerana suaminya memberikan wang kepada ibu dan adik-beradik tanpa pengeetahuannya.Sedangkan pada masa sama dia sendiri terpaksa bekerja keras bagi membantu menampung pelbagai komitmen rumah tangga bagi meringankan beban suami. Sesetengah individu memberi wang belanja kepada ibu bapa meskipun sudah berkeluarga sebagai membalas jasa orang tua. -Gambar hiasan AI"Saya sampai buat tiga kerja untuk bayar semua komitmen. Niat nak bantu suami sementara duit gaji dia habis untuk bayar pinjaman peribadi dan perumahan."Tapi saya jadi tak reda bila dia bagi mak dia duit. Saya yang sakit menanggung. Dia buat satu kerja, saya buat tiga kerja," ujarnya.Menerusi luahan dikongsikan di Threads, wanita tersebut berkata pendapatan daripada pelbagai pekerjaan dilakukannya digunakan untuk melunaskan pinjaman kenderaan, belanja dapur dan duit persekolahan anak yang kesemuanya berjumlah RM2,500 setiap bulan."Kereta RM1,300, motosikal RM336, sekolah anak RM200 dan barang dapur basah kering 500 hingga RM600," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri diberi jawatan ‘pengurus’, dibayar gaji buat kerja rumah... Paling untung siap dapat slip gaji ada KWSP, Perkeso dan cukai pendapatan!ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bekerja tak pernah merasa wang suami, terasa hati mentua senang-senang je dapat duit belanja rayaMenurut wanita itu, dia sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk membantu suami dari segi kewangan kerana itu memang niatnya sejak awal.Namun, perasaan tersebut berubah selepas dia secara tidak sengaja terbaca perbualan WhatsApp suaminya dan mengetahui lelaki itu selama ini turut memberikan wang kepada ibu serta adiknya."Sebab saya dah biasa kerja lebih dari satu kerja. Saya suka duit dan masa muda inilah untuk saya kerah tenaga cari duit."Niat saya okay je untuk bantu suami. Tapi bila saya terbaca WhatsApp dia, saya jadi tak reda.Seorang wanita terkilan suami beri duit kepada ibu dan adik-beradik, sedangkan dia buat tiga kerja bantu keluarga.Dia menanggung komitmen rumah tangga sekitar RM2,500 sebulan.Pada awalnya, dia ikhlas membantu suami kerana gaji lelaki itu habis untuk pinjaman rumah.Namun, dia mula tidak reda selepas terbaca WhatsApp suami mengenai pemberian wang itu.Netizen berpendapat seorang suami harus mengutamakan keluarga terlebih dahulu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selama ini dia bagi adik dan maknya duit. Pedih betul rasa hati," ujarnya.Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang berpendapat, seorang suami seharusnya mengutamakan keluarga terlebih dahulu terutamanya melibatkan perbelanjaan isi rumah."Bersusah payah untuk suami. Last-last bukan suami hargai pun. Kita perlu gadai tulang empat kerat kita ni untuk suami. "Kalau saya jadi awak. Saya takkan bergaduh dengan suami. Saya akan forward resit je dekat mak mentua. Tak payah cakap banyak," demikian antara komen netizen.