Berkemban di luar rumah bukan sahaja tidak bersopan, malah tidak mencerminkan adab dalam bermasyarakat. -Gambar hiasan AI
HIDUP berjiran sepatutnya saling mengamalkan sikap toleransi, menjaga adab sopan dan menghormati privasi antara satu sama lain.Namun menurut seorang wanita, dia dan suaminya berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila berjiran dengan sekumpulan gadis bujang yang menyewa di sebelah rumah mereka. “Saya berjiran dengan budak-budak perempuan muda. Mereka selalu sidai seluar dalam menghala ke arah balkoni rumah saya. Untuk apa ya?Penghuni rumah sewa perlu menjaga perilaku agar tidak menjejaskan keharmonian kawasan kejiranan. -Gambar hiasan AI“Baju, seluar dan tuala boleh pula mereka sidai ke arah lain. Tapi seluar dalam digantung ke arah rumah saya. Kalau nak pergi tegur, takut dia tuduh suami saya gatal pula,” luahnya.Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut mendakwa jirannya itu kerap keluar dari unit kediaman mereka dengan pakaian yang tidak sopan.“Suami saya pun geli. Waktu suami saya merokok di balkoni malam-malam, mereka hanya berkemban dan cuba mengintai.Wanita dakwa sekumpulan gadis bujang yang tinggal di kejiranannya berkelakuan tidak sopan.Dia mendakwa penghuni rumah itu selamba menjemur pakaian dalam di balkoni menghadap ke rumahnya.Dia juga mendakwa penghuni rumah itu keluar dalam keadaan berkemban ketika suaminya ada di luar rumah.Netizen turut menyelar sikap penghuni rumah itu yang tidak menjaga aurat dan memalukan kaum Hawa.Ringkasan ini dijana oleh AI“Nak keluar sidai pakaian kononnya. Apa salahnya kau pakai baju dulu? Ataupun nanti suami aku siap hisap rokok, kau keluarlah sidai pakaian.“Malu jiran lain tengok. Aku nak tularkan dalam grup rumah nanti,” tulis wanita itu dalam satu hantaran di aplikasi Threads.Perkongsian kisah yang dibuat oleh wanita itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya.ARTIKEL BERKAITAN: Parcel ‘push bike’ anak lesap, lelaki berjaya jejak di rumah jiran... Mak budak selamba bagi alasan jumpa dekat tong sampahARTIKEL BERKAITAN: Jiran selamba campak sampah dalam tong roro sewa, wanita terpaksa tampal notis amaran - “Nak maki tapi dah berumur”“Eh bodohnya mereka. Kita ni pakaian dalam jemur dalam rumah sebab malu nak tayang.“Kalau setakat seluar dalam beli dalam internet harga RM1.90 tu tak payah la sidai dekat luar.“Seramnya dapat jiran yang bajet-bajet dia terpaling seksi ni,” tulis netizen.