suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suri rumah makan hati sikap ‘tangkai jering’ suami, enggan belikan ‘top up’ RM35 sebab bukan nafkah - “Duit baki tinggal RM15 je”

Suami tidak sepatutnya bersikap kedekut dengan isteri. -Gambar hiasan AI

NAFKAH daripada suami biasanya menjadi sumber pendapatan utama isteri yang bergelar suri rumah untuk memenuhi keperluan dan perbelanjaan harian.

Namun seorang suri rumah mendakwa suaminya enggan menanggung kos membeli tambah nilai atau top up telefonnya memandangkan ia tidak termasuk dalam keperluan nafkah.

"Saya cuma tertanya-tanya, tambah nilai untuk telefon ini dikira nafkah atau tidak? Sebab dia kata ia tak dikira sebagai nafkah.

Ramai wanita memilih untuk bekerja kerana tidak mahu bergantung harap dengan pendapatan suami. -Gambar hiasan AI

"Bayaran tambah nilai saya hanya RM35 sebulan. Dia kata nafkah hanya makan minum, tempat tinggal dan pakaian yang asas.

"Dia juga kata benda lain pandai-pandailah beli sendiri. Kami kahwin atas dasar suka sama suka. Lepas kahwin baru nampak banyak sisi negatif suami," ujarnya.

Tambah wanita itu, suaminya juga sangat berkira dan hanya memberikan duit belanja antara RM50 hingga RM100 sahaja.

  • Wanita tular selepas kongsi kisah suaminya yang kedekut dan berkira bab nafkah.
  • Suri rumah itu tidak mempunyai wang untuk membeli tambah nilai telefonnya.
  • Suaminya enggan menanggung kos tambah nilai yang berjumlah RM35 sebulan.
  • Netizen memberi saranan agar wanita itu cari kerja dan tidak bergantung dengan suaminya.

"Duit belanja kadang RM50, kadang RM100. Kalau dapat RM50, beli tambah nilai RM35, duit baki tinggal RM15 saja. 

"Tak cukup. Saya pun teringin nak beli makanan apa-apa," luahnya lagi menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Perkongsian wanita itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah 1k sebulan tak pernah ‘miss’, tapi suruh isteri bayar macam-macam - “Dia punya feeling macam bagi RM10,000”

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu bekas suami miskin, tuntut nafkah RM2,000 sebulan... Wanita dakwa segelintir ibu tunggal ‘sengaja’ sebab nak balas dendam

"Isteri suri rumah, tapi dia suruh pandai-pandai beli sendiri? Orang nak kahwin, dia pun nak kahwin. Suami bodoh, isteri yang bertahan pun bodoh.

"Mungkin sudah tiba masanya awak mula cari kerja. Suami dah tunjuk belang. Bila-bila masa je dia boleh buat hal.

"Kalau suami dah jawab begitu, pergilah cari kerja. Jangan jadi suri rumah," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain