NIAT seorang wanita yang mahu berkongsi tip memasak bertukar menjadi perbincangan hangat di media sosial gara-gara perkongsiannya mengenai penggunaan gas.Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan berkata sudah menjadi kelaziman suaminya akan terus menukar tong gas setiap kali api dapur kelihatan seperti sudah habis. Bagaimanapun ujarnya, tindakan suami membaringkan tong gas yang disangka telah habis, rupa-rupanya masih mempunyai baki gas dan boleh digunakan untuk tempoh lebih lama.ARTIKEL BERKAITAN: Suami buang bekal makanan, stres isteri masak tak sedap... Paling ‘turn off’ buka bekas nampak nuget dan sosej!ARTIKEL BERKAITAN: Marah-marah sayang... Wanita ini masih masak untuk bekas suami, tak sampai hati tengok jodoh 13 tahun terabai makan minum"Lima tahun dah rugi guna tong gas. Apabila dah habis je, terus pergi tukar."Kali ni suami cuba baringkan tong gas. Guess what? Boleh guna lagi hingga dekat dua minggu tau! Siap boleh masak bubur kacang hijau lagi," tulisnya dalam hantaran tersebut.Tambah wanita berkenaan, perkara itu membuatkan dia berasa seolah-olah mengalami kerugian selama bertahun-tahun kerana kerap menukar tong gas yang sebenarnya belum habis sepenuhnya.Tong gas sepatutnya diletakkan dalam kedudukan menegak. -Gambar hiasan AI"Bermakna selama ni kami tukar tong gas yang masih ada isi dekat dalam. Bayangkan bertahun dah alami kerugian," katanya lagi.Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang kecaman warga maya.Ramai tampil menegur wanita itu dan pasangannya kerana berkongsi tip 'kurang bijak' memandangkan tindakan membaringkan tong gas adalah berbahaya dan berisiko tinggi.Seorang wanita berkongsi tip memasak namun mencetuskan perbincangan hangat tentang penggunaan tong gas.Suaminya biasanya terus menukar tong gas apabila api dapur kelihatan lemah atau hampir habis.Mereka dapati tong gas yang dibaringkan masih boleh digunakan hampir dua minggu lagi.Wanita itu berasa rugi kerana selama bertahun-tahun menukar tong gas yang sebenarnya belum habis.Netizen kecam kerana membaringkan tong gas berbahaya dan melanggar garis panduan keselamatan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tong gas bukan boleh dibaringkan, silap hari bulan boleh meletup. "Jimat tak salah, tapi keselamatan kena nombor satu."Padam sajalah perkongsian ni... mengundang kecaman," komen netizen. Sekadar perkongsian tambahan, tindakan membaringkan tong gas sebenarnya bertentangan dengan garis panduan keselamatan.Menurut amalan keselamatan yang disarankan, tong gas perlu sentiasa diletakkan dalam keadaan tegak bagi memastikan tekanan gas stabil serta mengelakkan kebocoran.Tong gas yang dibaringkan boleh menyebabkan cecair gas memasuki saluran paip, sekali gus meningkatkan risiko api menyambar secara tiba-tiba, kebakaran atau letupan.