Vikneswaran dituduh menggunakan kemudahan rangkaian secara tidak wajar dengan memuat naik gambar dia memijak al-Quran.
SEORANG pelajar institusi pengajian tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang pada Selasa atas dua pertuduhan iaitu mencemarkan al-Quran serta memuat naik bahan komunikasi jelik dan melampau di media sosial.Tertuduh, S Vikneswaran, 21, yang merupakan penuntut di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, dia didakwa memijak al-Quran dengan pengetahuan tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap Islam.ARTIKEL BERKAITAN: Firdaus Wong dedah individu pijak al-Quran seorang mualaf, peluk Islam April 2025Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik melampau dengan niat menyakitkan hati pihak lain menerusi aplikasi Threads.Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Manakala bagi Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pada 25 Februari lalu, Vikneswaran ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki memijak al-Quran.