suria

Peniaga buntu, tak masuk akal jualan 2 tong nasi lemak hanya untung RM21... Hasil berbeza kalau jaga kedai sendiri

Keuntungan hasil jualan nasi lemaknya hanyalah RM21. -Foto Thread Aizat Abdul Razak

SETIAP peniaga pastinya mengharapkan keuntungan setimpal dengan hasil jualan yang dilakukan.

Namun situasi berbeza menimpa peniaga nasi lemak ini apabila dia mendakwa keuntungan yang diperoleh tidak masuk akal iaitu hanya RM21.

Meluahkan kesedihan itu, Aizat Abdul Razak yang juga seorang jurusolek berkata, situasi itu membuatkan dia hampir putus asa kerana tenaga dan masa dilaburkan tidak setimpal dengan ganjaran.

"Jualan okay cuma kos nasi lemak sangat tinggi jadi untungnya sikit, hanya 30 peratus.

Penggunaan QR dapat mengelakkan 'kebocoran' duit jualan. -Gambar hiasan

Penggunaan QR dapat mengelakkan 'kebocoran' duit jualan. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang rasa nak putus asa sebab untuk memang sikit," luahnya di Threads.

Apa lebih menghairankan kata Aizat, setiap hari dia dapat menjual dua tong nasi lemak yang sepatutnya menghasilkan untung sekitar RM2,000.

"Nasi lemak dua tong yang dianggarkan untuk 160 hingga 185 bungkus, habis.

"Kena periksa balik sebab banyak sangat lari, modal RM1,500 sekurang-kurangnya akan dapat untung dalam RM2,200 ke RM2,400.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak ‘support’ gerai nasi lemak 'sendu', lepas singgah beli baru faham kenapa tiada pelanggan - "Aku kesiankan kau kak"

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Meriah’ pinggan nasi lemak ambil sampai 2 lauk! Pemuda bergaya naik Honda rupanya tak berduit, ‘confident’ tipu QR

"Portion nasi dah dikurangkan, dua tong nasi tu ibarat dapat tiga tong jualan," luahnya kebingungan.

Tambah Aizat, secara teorinya dia mampu menjana jualan sekitar RM3,500 sehari, sekali gus memberi keuntungan sekurang-kurangnya RM1,000 selepas ditolak modal dan kos operasi.

"Patutnya sales RM3,500, tolak RM1,500 modal dan kos at least dapat dalam RM1,000 untung. Sekurang-kurangnya RM300 kan, tak mungkin RM21 jer untung.

"Tak tahu masalah di mana, portion ke, orang tak QR ke, saya tak tahu," luahnya yang kecewa dengan situasi yang menimpa.

Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat.

Warga maya berkongsi pandangan dan nasihat.

Mengakui kemungkinan terdapat masalah dalam sistem pengurusan, dakwa Aizat keuntungan diterima berbeza apabila dia sendiri menjaga kedai.

Malah dakwanya, 'kebocoran' yang berlaku itu menyukarkannya membuat simpanan kewangan untuk membeli kereta jenis Perodua Alza.

"Aku (nak) simpan-simpan untuk beli kereta Alza, tapi apabila jadi macam ni, licin sold out tapi untung RM21," ujarnya.

Di ruangan komen, netizen menasihatinya supaya tidak memberi 100 peratus kepercayaan kepada pekerja dan perlu sentiasa memantau premis perniagaan.

Artikel Lain