PENUKARAN nama selepas seseorang itu memeluk Islam bukan satu kewajipan selagi maksudnya baik dan tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Namun perkara ini tetap menjadi isu bagi seorang wanita apabila keputusan bakal suami untuk mengekalkan nama asal dipersoalkan ahli keluarganya sendiri.
Menurutnya, urusan itu sepatutnya sudah selesai ketika proses pengislaman di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Cabaran sebelum mendirikan rumahtangga boleh memberi tekanan pada emosi seseorang. -Gambar hiasan
"Sejujurnya saya rasa sedih sejak kebelakangan ni. Sesetengah suadara-mara mempersoalkan kenapa bakal suami tak ubah nama selepas tukar agama.
"Masa dia convert dekat Jawi, pegawai sudah tanya dia nak kekalkan nama asal atau ubah. Dia pilih untuk kekalkan," ujar dalam hantaran di Threads.
Namun, segelintir saudara mula mempertikaikan perkara itu sehingga menghubungi ibu wanita ini bagi meluahkan rasa kurang senang.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Filipina menangis ditemani ahli keluarga ketika peluk Islam, tak lama kemudian adik ikut jejak langkah
ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan jadi saksi, gadis ini peluk Islam selepas kaji agama terdahulu... Menangis pertama kali pakai tudung, rasa lebih selamat
Tindakan saudara-maranya itu membuatkan dia berasa menyesal menjemput mereka yang hanya tahu memberi kritikan.
"Mereka tanya... kenapa bakal menantu tak tukar nama Melayu atau Islam? Macam mana nanti kalau ada anak atau masa imam nak sebut nama tu?
"Padahal Islam tu mudah, lagipun mualaf tak wajib tukar nama. Tambahan pula, dia bukan tinggal dekat Malaysia.
- Penukaran nama selepas memeluk Islam tidak wajib selagi maksudnya tidak bercanggah dengan ajaran agama.
- Seorang wanita dikritik kerana bakal suaminya memilih untuk kekalkan nama asal selepas peluk Islam.
- Segelintir ahli keluarga mempertikaikan keputusan itu sehingga menghubungi ibu wanita berkenaan.
- Wanita tersebut kesal jemput saudara yang hanya tahu mengkritik dan bukannya mendoakan kebahagiaan.
- Seorang netizen menasihati agar nama asal dikekalkan jika maksudnya baik dan sebahagian daripada identiti.
"Menyesal jemput saudara yang pertikai daripada mendoakan kebahagiaan," ujar wanita itu lagi.
Dalam pada itu, seorang netizen memberi pandangan agar bakal suaminya mengekalkan nama asal jika maksudnya baik.
"Jika maksud nama dia baik jadi kekalkan je. Itu identiti peribadi dan budaya dia. Islam tidak membatalkan budaya, malah meraikannya (selagi tiada unsur syirik).

Beberapa komen netizen di media sosial.
"Apa yang lebih penting adalah iman di hati dan amalan dalam kehidupan seharian. Abaikan salah faham dan teruskan kehidupan," ujar pelayar itu membalas hantaran asal.
Untuk makluman bersama, menurut Jabatan Mufti Negeri Perlis, tidak wajib bagi seorang mualaf menukar nama, kecuali nama asal mempunyai maksud yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Jika nama asal mempunyai maksud yang baik, mualaf boleh memilih untuk kekalkan nama tersebut atau menukarnya kepada nama yang lebih sesuai dengan Islam.


