suria

Menang Anugerah Artis Baharu Terbaik, kumpulan Aeydan janji karya lebih matang… mahu dekati golongan pendengar muda

Aeydan merangkul Anugerah Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Carta IKIM FM (ACI) 2025,

BERJAYA merangkul Anugerah Artis Baharu Terbaik dalam Anugerah Carta IKIM FM (ACI) 2025, kumpulan nasyid Aeydan menganggap ia sebagai satu pembakar semangat untuk mereka terus berkarya.

Malah, anugerah tersebut juga menjadi bukti kemunculan mereka sebagai kumpulan nasyid baharu yang mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat tempatan.

Menurut salah seorang anggotanya, Ilham Fikri, sokongan peminat menjadi tanda perjuangan mereka dalam industri muzik nasyid masih panjang.

Aeydan buktikan mampu pikat hati pendengar.

“Kami amat bersyukur dan terharu dengan penghargaan ini.

“Anugerah ini menjadi dorongan buat kami untuk terus menghasilkan karya yang lebih matang, bereksperimen dengan idea baharu serta memberikan yang terbaik kepada para pendengar,” katanya.

ACI 2025 berlangsung pada 3 Januari bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam Selangor.

Selain Ilham, kumpulan ini turut dianggotai oleh Izwan Izzuddin, Fardeen Imran, Arif Haikal (atau Haikal Rahmat) dan Alif Ehsan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeydan pelapis Rabbani, tekad bawa mesej Islamik dengan cara segar... Kini bergelar mutawif

ARTIKEL BERKAITAN: Rabbani ikut trend ‘goyang bahu’, mahu sampaikan dakwah lebih santai

Bercakap mengenai perjalanan dalam industri muzik, kumpulan Aeydan bakal tampil dengan sebuah single baharu dalam masa terdekat yang dijangka memberi pendekatan muzik serta penceritaan yang lebih segar.

Kumpulan ini juga mula mengatur langkah menjayakan persembahan di beberapa institut pengajian tinggi tempatan sebagai usaha mendekati golongan muda.

Susulan kejayaan yang diraih di ACI 2025, pihak pengurusan Aeydan optimis ia mampu membuka lebih banyak peluang pada masa depan, termasuk kolaborasi baharu serta penganjuran persembahan berskala lebih besar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia