suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isma Aliff tiada pendapatan tapi syukur masih terima bantuan... Enggan susahkan anak-anak

KEMBALI pulih daripada jangkitan pada jantung dan paru-paru, pelakon serta penyanyi Isma Aliff memberitahu dia masih belum mampu menjana pendapatan sendiri memandangkan tidak menerima sebarang tawaran lakonan.

Isma atau Muhammad Latiff Ismail, 60, bagaimanapun tetap bersyukur apabila menerima banyak bantuan daripada rakan-rakan dan badan kebajikan.

“Sejak sihat saya tidak lagi berlakon sebab kena jaga emak, yang boleh pun ambil ‘show’ sahaja. Itupun sebulan sekali sahaja boleh. Saya memang sudah lama tidak berlakon, kurang daripada lima tahun. Tidak meriah seperti dulu.

“Sekarang ini saya tidak ada apa-apa pendapatan tetapi tetap bersyukur sebab ada kawan dan ramai yang membantu. Tapi kita tidak boleh lah nak harap sampai bila-bila (terima bantuan),” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengapa tidak meminta dua anaknya untuk menjaganya, Isma berkata dia enggan menyusahkan mereka.

“Dari dulu saya tidak mahu mereka jaga sebab sudah ada isteri dan kehidupan sendiri. Tetapi saya bersyukur sebab Allah sudah lembutkan hati untuk mereka jumpa saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi