suria

Tak salah teruja jadi bapa tapi kena bersedia, ambil tahu 10 realiti anda perlu lalui bila ada bayi 'newborn'

Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN bayi dalam rumah tangga bukan sekadar membawa kegembiraan, tetapi turut mengubah hampir keseluruhan rutin hidup suami isteri. 

Fasa newborn atau selepas bayi dilahirkan sering menjadi tempoh paling mencabar terutama buat si ibu yang masih dalam proses pemulihan fizikal dan emosi.

Dalam tempoh ini, peranan suami sangat besar sebagai penyokong utama isteri, bukan sahaja dari sudut fizikal malah mental kerana tanpa sokongan betul, tekanan ditanggung (isteri) boleh menjadi berganda.

Perkongsian seorang wanita bernama Hafawati mengenai perkara yang perlu dijangka oleh suami ketika menerima kehadiran newborn ini menjadi perhatian ramai kerana dianggap membuka mata bakal bapa tentang realiti sebenar kehidupan selepas memiliki bayi.

Terdapat 10 perkara perlu diberi keutamaan sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap bayi baru dilahirkan.

1. Isteri sangat penat dan mudah tertekan

Tidur isteri akan terputus setiap satu hingga dua jam sehingga boleh menyebabkan badan sakit, emosi pula sensitif akibat perubahan hormon.

Apa suami boleh lakukan adalah jangan sindir isteri sensitif, bantu urus bayi ketika isteri tidur dan jadi tempat isteri meluah tanpa menghakimi.

2. Bayi akan kerap menangis

Tangisan bayi bukan tanda isteri gagal menjaga, sebaliknya keperluan asas seperti lapar, sejuk, panas atau mahu dipeluk.

Suami boleh menolong isteri dengan tenangkan bayi, tukar lampin, burp (sendawa) dan sokong proses penyusuan.

3. Rumah mungkin bersepah dan rutin lari

Fasa newborn bukan masa untuk mengejar rumah sempurna.

Apa suami boleh buat adalah ambil peranan mengemas, basuh pinggan, urus barang dapur tanpa menunggu diminta.

4. Isteri perlukan makanan dan air mencukupi

Ibu menyusu mudah terlupa makan kerana terlalu fokus pada bayi.

Suami perlu bertindak dengan menyediakan makanan ringkas, ingatkan minum air dan sediakan snek sihat.

Suami perlu tahu menggalas tanggungjawab menguruskan anak yang baru dilahirkan. -Gambar hiasan AI

5. Waktu malam memang mencabar

Bayi belum kenal siang dan malam, menyebabkan isteri paling terkesan dengan kurang tidur.

Para suami boleh mengambil giliran waktu rehat, bantu tukar lampin, burp dan sediakan bayi untuk tidur.

6. 'Baby blues' adalah normal

Dalam minggu awal pastinya emosi isteri boleh jadi tidak menentu, menangis tanpa sebab dan rasa diri tidak cukup baik.

Suami boleh mengambil tindakan dengan memeluk isteri dan dengar tanpa menghakimi serta beri kata-kata sokongan. 

Jika berlarutan lebih dua minggu, dapatkan bantuan pakar.

7. Suami ialah pelindung mental dan fizikal isteri

Komen orang sekeliling kadangkala tanpa sedar boleh melukakan emosi isteri.

Suami boleh pertahankan isteri dengan jawab bagi pihak isteri dan jaga privasinya.

8. Masa berdua sangat terhad

Keletihan menjaga bayi boleh buat hubungan terasa jauh seketika.

Suami perlu bertindak dengan menghargai isteri, ucap terima kasih dan buat kerja tanpa disuruh.

9. Bayi perlu masa untuk kenal ayah

Ada bayi yang lebih cepat tenang dengan ibu, itu perkara normal.

Maka apa yang suami boleh lakukan adalah dengan banyakkan sentuhan kulit ke kulit, mandikan bayi dan bercakap dengannya.

10. Suami adalah team member paling penting

Isteri akan sentiasa ingat siapa yang benar-benar bantu ketika fasa paling penat dalam hidupnya.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia