suria

Niat baik ‘sponsor’ hamper tak disenangi, wanita terkilan dilabel kaki jilat oleh penjaga murid lain - “Hati dia mengalahkan bangkai”

Segelintir ibu bapa tidak lokek menghulurkan sumbangan untuk aktiviti di sekolah. -Gambar hiasan AI

ACARA sekolah selalunya menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan antara ibu bapa, guru dan murid. 

Namun siapa sangka, adakalanya niat baik seseorang untuk meraikan anak-anak boleh disalah erti hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa lain. 

Inilah situasi yang diceritakan oleh seorang ibu apabila hasratnya memberi sumbangan kepada kelas anaknya didakwa menimbulkan ketidakselesaan kepada penjaga lain.

Tangkap layar status yang dimuat naik penjaga berkenaan menerusi WhatsApp.

"Dekat sekolah anak ada jamuan akhir tahun. Dalam kelas dia ada acara cabutan bertuah dan pertandingan baju. Tiap tahun mesti aku akan bagi sumbangan untuk buatkan budak-budak dalam kelas anak aku happy.

"Tahun ni ustazah ada bagitahu siapa nak sumbang hamper dialu-alukan. Nak dijadikan cerita, aku nak sumbang dua hamper. Eh, ada orang tak suka rupanya," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Menurut wanita tersebut, ibu kepada rakan sekelas anaknya itu memuat naik status di WhatsApp dengan ayat berbaur perlian, seolah-olah sengaja ditujukan kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati dengar cikgu taska buka mulut, macam tak sudi terima sedekah nasi lemak - “Kami dah makan awal-awal”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil dah guna ‘kabel’, bolot jawatan pengawas... Cikgu didakwa pilih kasih, selit anak sendiri masuk pertandingan wakil sekolah

"Eceh nak sponsor hamper... Esok tengok mesti anak dia menang. Kaki jilat!" demikian ayat yang ditulis dan dimuat pada status penjaga berkenaan. 

Menurut wanita tersebut, dia mengetahui tentang perkara ini selepas ada penjaga lain berkongsi tangkap layar status tersebut kepadanya. 

"Buat apa la nak bagi anak aku menang, lepas tu hamper dibagi dekat anak aku balik? Kalau aku nak beli hadiah untuk anak aku, lebih daripada itu pun boleh.

"Korang nak tahu, yang dapat hamper tu anak yatim ya... yang dijaga oleh nenek dan datuknya. Betapa gembiranya aku," kongsi wanita tersebut lagi. 

  • Seorang Wanita terkilan niatnya disalah tafsir oleh ibu bapa lain selepas menyumbang hamper dan kek untuk kelas anaknya.

  • Ujarnya, seorang penjaga memuat naik status sindiran menuduhnya sebagai 'kaki jilat'.

  • Wanita itu menegaskan niatnya semata-mata untuk menggembirakan murid-murid lain.

  • Dia mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh penjaga lain.

  • Warga maya menasihatkan wanita itu supaya terus positif dan mengambil pendekatan 'tertutup' agar niat baik tidak disalah tafsir.

Tambahnya, isu tidak puas hati penjaga berkenaan tidak terhenti di situ, sebaliknya individu yang sama memuat naik status sindiran gara-gara dia memberikan kek untuk meraikan hari jadi anaknya dengan rakan sekelas. 

"Aku beli kek sambut birthday anak bulan 12 untuk rakan-rakan anak semua makan. Dah PM (mesej) ustazah beritahu nak hantar kek.

"Ustazah suruh masuk dalam kelas sebab diaorang sibuk tengah setup makanan. Masa hantar kek tu ustazah ambil video makanan, ada muka aku.

Reaksi netizen terhadap perkongsian wanita tersebut.

"Ustazah hantar gambar dan video masuk dalam grup (kelas ibu bapa). Dia punya tak puas hati terus update status. Masa aku hantar kek tu ada juga parents lain. Hati dia mengalahkan bangkai," kongsinya lagi. 

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai, dengan ada antaranya menasihatkan dia supaya terus bersikap positif dan tidak membiarkan perasaan negatif orang lain menjejaskan niat baiknya.

Namun ada juga yang menyarankan supaya dia mengambil pendekatan 'tertutup' agar niatnya tidak terus disalah tafsir.

Artikel Lain