SESETENGAH pekerja mengambil cuti kecemasan (EL) apabila berdepan situasi mendesak seperti ahli keluarga sakit, kematian atau hal peribadi yang memerlukan perhatian segera.
Bagaimanapun di Thread, seorang pemuda mendedahkan rakan sekerjanya turut memohon pelepasan EL sejurus kematian kucing peliharaannya.
Namun, dia mendakwa hal itu dipandang remeh oleh majikannya kerana berpandangan bahawa kematian haiwan peliharaan bukanlah satu keperluan mendesak.

Kematian kucing pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap pemiliknya. -Gambar hiasan
"Ada budak office kematian kucing, lepas tu dia ambil EL. Tapi dia EL separuh hari saja. Sebab dia nak tanam kucing tu.
"Lepas tu bos asyik 'menganjing' banyak kali, dia siap mengata di belakang. Dia kata kucing yang mati, bukan bini.
"Katanya lagi setakat kucing mati pun nak sedih. Aku pun terkaku. Sebab aku pun ada bela kucing," kongsinya.
- Pemuda kongsi cerita tentang rakan sekerja cuti sebab kematian kucing.
- Rakannya memohon EL bagi tujuan mengebumikan bangkai kucing.
- Majikannya memandang remeh dan mempertikaikan pekerja tersebut.
- Netizen turut kongsi cerita tentang majikan masing-masing ketika mereka kematian haiwan peliharaan.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati kerana haiwan peliharaan biasanya sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
"Tak betul ya, memang tiada empati. Haiwan peliharaan ni macam ahli keluarga. Orang bela dan jaga macam anak.
"Kucing bukan sekadar haiwan tapi itulah 'anak', itulah 'adik' dan juga peneman setia.
ARTIKEL BERKAITAN: Abang acah pencinta haiwan, kutip 2 ekor kucing jalanan bawa balik rumah... Tapi harapkan mak, adik perempuan cuci tahi bawah almari!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita takut berdosa, tak berani merungut dapat suami lemah syahwat - “Aku ibarat kucing betina nak mengawan”
"Tak payah peduli apa orang cakap. Kita cuti je," tulis netizen.
Namun kata netizen, masih ada lagi majikan di Malaysia yang sebenarnya cakna dan prihatin terhadap kes sebegitu.
"Kucing saya mati. Bos bukan Islam suruh balik tanpa tolak cuti. Dia turut bersedih.
"Dulu anak anjing saya mati, bos suruh balik dan rehat," kongsi netizen lagi.


