SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas mendedahkan dia kini sudah tidak selesa untuk menetap di rumah keluarganya.Menurut wanita itu, perasaan itu berubah selepas dia meningkat dewasa dan melangkah keluar dari rumah keluarga tempat dirinya membesar. "Sekarang ni, setiap kali pulang ke rumah mak abah, paling lama saya boleh stay sana hanyalah tiga hari dua malam.Anak-anak tidak sepatutnya mengabaikan ibu bapa yang berada jauh di kampung. -Gambar hiasan AI"Always looking forward nak balik ke 'sarang' sendiri dan recharge diri. Kalau duduk lebih tiga hari, saya burnt out."Saya jadi sensitif, overwhelm, exhausted dan grumpy. Badan dan belakang pun jadi sakit," tulisnya di aplikasi Thread.Menurut wanita itu, dia masih sayang keluarganya, namun perasaan tersebut timbul disebabkan banyak faktor.Wanita mengaku sudah tak selesa tinggal di rumah ibu bapanya dalam tempoh lama.Perasaan itu berubah selepas dia dewasa dan mempunyai rumah sendiri.Dia mengalami sakit badan jika tinggal lebih tiga hari di rumah ibu bapanya.Ramai netizen mengakui mereka juga berdepan situasi dan perasaan yang sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Padahal itu tempat saya membesar. Situasi dalam rumah mak abah buatkan tenaga saya habis. "Ramai orang, bising, banyak kerja rumah. Tidur tak tenang, ditambah 'drama' keluarga lagi," luahnya.Di ruangan komen, ramai individu berkata mereka juga berdepan situasi sama selepas meningkat usia.ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri 'berlakon' pergi kerja setiap kali ibu datang rumah - "Niat nak jaga hati orang tua"ARTIKEL BERKAITAN: Duduk dekat asyik bertekak, kalau jauh rindu pula! Rumah ibu bapa boleh jadi lubuk pahala atau dosa, anak tersepit buat keputusan"Kita sama. Bukan tak sayang, tapi biarlah sesekali saja balik demi kesihatan mental kita juga."Sama. Rasanya semua orang macam tu. Once dah ada hidup sendiri, rumah dah berubah tempat, bukan lagi rumah mak ayah. "Bukan kita je. Mak ayah kita pun kalau boleh tak nak duduk rumah anak sendiri lama-lama," antara komen netizen.