suria

Leka dengar muzik guna ‘earbud’, panggil pun tak dengar... Wanita menyesal bantu gadis tertinggal beg dalam tren

Setiap orang tidak kira muda atau tua seharusnya belajar berterima kasih apabila dibantu. -Gambar hiasan AI

SEORANG individu meluahkan rasa terkilan selepas berusaha mengejar seorang gadis di sebuah stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) bagi memulangkan beg yang tertinggal.

Menurut perkongsian seorang wanita, dia terpaksa berlari menaiki tangga yang tinggi sambil memanggil gadis berkenaan.

Namun dia pelik kerana tidak mendapat sebarang respons daripada gadis tersebut walaupun menjerit berulang kali.

Generasi muda harus diajar mengenai adab dan menghormati orang sekeliling. -Gambar hiasan AIGenerasi muda harus diajar mengenai adab dan menghormati orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

"Jenuh aku ni naik tangga tinggi-tinggi...panggil dia tak dengar.

“Rupa-rupanya dia pakai AirPod di dalam tudung dan sedang menunduk bermain telefon,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Jahanam TV! Lelaki geram anak tetamu tiada adab, mak ayah 'sporting' tak bertempat - "Biar la budak-budak"

ARTIKEL BERKAITAN:Budak manja tiada adab datang beraya siap minta password iPad, buka peti ais! Ibu ‘panas’ tuan rumah ‘sound’ anak

Individu itu berkata walaupun keletihan dia tetap gagahi untuk pulangkan beg tersebut yang mungkin penting untuk gadis berkenaan.

Namun, usaha tersebut tidak dihargai apabila gadis berkenaan sekadar mengambil begnya tanpa mengucapkan terima kasih.

“Dia hanya berkata ‘oh’, ambil beg dan terus jalan. Bukan tak ikhlas membantu, cuma soal adab dan budi bahasa.

"Menyesal pun ada, kalau tahu aku tinggal je beg tu," katanya lagi.

  • Seorang individu mengejar gadis di stesen KTM untuk memulangkan beg tertinggal.
  • Gadis tidak menyedari panggilan kerana memakai AirPod dan leka bermain telefon.
  • Individu berkenaan keletihan selepas menaiki tangga dan memanggil berkali-kali.
  • Usaha memulangkan beg tidak dihargai apabila tiada ucapan terima kasih.
  • Netizen menegur sikap memakai fon telinga di tempat awam kerana faktor keselamatan.

Sementara itu, netizen mendakwa tindakan gadis berkenaan menggunakan peralatan sedemikian tidak wajar dicontohi kerana ia boleh mendatangkan bahaya.

"Penyakit orang zaman sekarang ke mana saja nak kena letak benda tu dalam telinga. Tak alert langsung, orang panggil ke, lori hon ke... bahaya.

"Memang tak berkenan orang yang pakai earphones kat dua-dua telinga di kawasan awam, dah la lintas jalan selalu menonong je," komen nenitzen.

Artikel Lain