suria

Wanita Melayu hairan jadi tumpuan di Uzbekistan, kerap diajak bergambar... Segalanya terjawab lepas dapat DM Instagram

Percutian merupakan aktiviti penting untuk berehat, menenangkan minda, dan menjana semula tenaga. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika bercuti di Uzbekistan, apabila sekumpulan wanita menunjukkan minat luar biasa terhadapnya.

Menurut wanita itu, kejadian bermula ketika dia sedang beratur untuk menaiki kereta kabel apabila menyedari sekumpulan wanita Uzbekistan di belakangnya asyik memandang dan ketawa sambil berbisik sesama sendiri.

Pada mulanya, dia menyangka mereka teruja bertemu pelancong asing tetapi menjadi semakin janggal apabila mereka turut menaiki kereta kabel yang sama.

Merindui seseorang yang sudah lama tidak bertemu memang menyakitkan. -Gambar hiasan AIMerindui seseorang yang sudah lama tidak bertemu memang menyakitkan. -Gambar hiasan AI

"Aku macam (tertanya-tanya) dah kenapa? Tapi senyum je. Tiba-tiba mereka tarik aku ke belakang dan nak bergambar, aku anggap mungkin mereka teruja jumpa pelancong. Lepas tu mereka naik satu kereta kabel dengan aku.  

"Dalam kereta kabel mereka cukup meriah sambil tu sebut Instagram berulang kali. Pandang-pandang aku. Aku bukan instafamous, cuma buat affiliate TikTok... tu pun tunjuk tangan je," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Makan budu, nasi kerabu... patutlah Pak Arab di Madinah ini lancar kecek Kelate! - “Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah”

ARTIKEL BERKAITAN: Uzbekistan kaya sejarah tamadun Islam

Selepas turun dari kereta kabel dan terpisah, wanita itu menyangka semuanya sudah berakhir tetapi tidak lama kemudian, kumpulan wanita berkenaan sekali lagi menahannya untuk bergambar ketika dia sedang menuruni bukit.

"Mereka tarik aku lagi nak ambil gambar bersama. Aku seram la kenapa asyik nak ambil gambar ni? Aku rasa ok sikit sebab masa ni pakcik aku ada sekali tau, lagi pun mereka ni bertudung.

"Kemudian salah seorang daripada mereka hulur telefon, dia minta Instagram aku. Aku bagi juga dalam risau-risau tu. Dia follow aku, aku pun follow back la.

"Aku berfikir dia nak berkawan. Lepastu dia letak gambar dan tag aku. Lepas tu mak dia pula follow," katanya.

  • Wanita Malaysia alami kejadian pelik bercuti di Uzbekistan.
  • Sekumpulan wanita tempatan kerap ajak bergambar dengannya.
  • Disangka pelancong atau ‘instafamous’.
  • Rupanya wajahnya mirip kakak mereka di Russia.
  • Kehadirannya jadi pengubat rindu.

Selepas pulang ke Malaysia, wanita berkenaan memaklumkan dia menerima satu mesej peribadi (DM) yang akhirnya merungkai segala persoalan.

"Antara isi DM yg dia tulis tu macam ni. Mesti awak tertanya-tanya kenapa masa di Uzbekistan kami begitu teruja jumpa awak.

"Sebenarnya kami ada seorang kakak yang sudah berkahwin dan tinggal di Russia. Rupa awak sangat mirip kakak kami. Kami sangat merinduinya.

"Masa tu baru aku faham, aku cuma wajah yang mengingatkan mereka pada seseorang yang mereka rindu. Seseorang yang jauh, yang tak boleh dipeluk sesuka hati," katanya.

Sementara itu, wanita tersebut menjelaskan pada peringkat awal dia sendiri hairan bagaimana wajah Melayu dikatakan sama dengan wajah wanita Uzbekistan yang putih gebu dan seakan Arab.

"Tapi lepas tengok muka mak dia, mungkin la ada kemungkinan. Tujuan cerita ni bukan sebab nak beritahu muka macam mereka, cuma rasa lega sabab boleh jadi asbab kegembiraan keluarga mereka," katanya.

Artikel Lain