suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan jadikan saya perisai” - Ajak tak selesa kisah lama dibuat bahan politik

Ajak tidak mahu timbul salah faham berkaitan dirinya.

PENYAMPAI radio dan pelawak Ajak meluahkan rasa kurang senang apabila kisah persahabatannya bersama Shahrol menjadi bahan bualan di media sosial sehingga dikaitkan dengan isu politik.

Menurut Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 40, perkara yang kembali dibangkitkan tentang kemelut antara mereka sebelum ini dilihat sebagai satu penceritaan yang kurang tepat.

Apatah lagi, mereka kini sudah berdamai dan kekal menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.

Komen-komen netizen di gambar Ajak bersama Shahrol. 

"Saya ini bukan orang politik. Kalau nak bergaduh politik, bergaduhlah secara politik. Janganlah jadikan saya sebagai perisai. Saya rasa itu tidak elok.

"Orang hanya ambil kisah awal sahaja, sedangkan kisah itu sudah ada penghujungnya. Benda itu satu naratif yang boleh membuatkan orang ramai keliru.

"Apabila sudah memaafkan, bermaksud saya sudah melupakan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Selepas 7 tahun bawa haluan masing-masing, akhirnya Ajak dan Shahrol Shiro ‘comeback’ atas pentas sama 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekok nak ambil gambar berdua, Ajak anggap pertemuan dengan Shahrol Shiro sempena Aidiladha kali ini paling bermakna

Ajak mengulas perkara tersebut selepas tular video serta cerita lama tentang hubungan dia bersama Shahrol yang sebelum ini pernah renggang.

Lebih teruk lagi, cerita tersebut dijadikan isu untuk menghentam Shahrol yang kini bergiat aktif dalam dunia politik di Johor.

Malah, gambar pertemuan mereka berdua baru-baru ini juga menjadi kritikan seolah-olah menggambarkan Shahrol sengaja menunjukkan kebaikan kepada umum.

Benda itu satu naratif yang boleh membuatkan orang ramai keliru

AJAK

PENYAMPAI RADIO 

"Apa orang nak cakap saya tak boleh nak kawal. Sekali lagi saya katakan, apabila sudah memaafkan, bermaksud saya sudah melupakan. Bila berjumpa Shahrol, kami berkawan seperti biasa.

"Saya tidak mahu ada isu mengatakan Shahrol menggunakan saya. Sekalipun dia ada niat begitu, tetapi saya hanya dapat berjumpanya.

"Harap peminat tidak kaitkan dengan benda begini. Saya cintakan kedamaian," jelasnya.

Ajak tegaskan hubungannya dengan Shahrol kini sudah baik. 

Untuk rekod, Ajak dan Shahrol sebelum ini sama-sama aktif sebagai pelawak di bawah kumpulan Shiro.

Hubungan mereka dikatakan renggang susulan isu yang berlaku, namun kembali berbaik pada tahun 2024 selepas tujuh tahun membawa haluan masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain